Sunday, December 14, 2008

Mengapa Kita Patut Tegakkan Islam Sebagai Undang-Undang, Bukan Sekadar Akidah Dan Ibadah?

Hari ini di seluruh dunia kalau kita mengajak umat Islam agar menjadikan syariat Islam yang bersumberkan dari Al Quran dan Sunnah sebagai undang-undang hidup, ramai di kalangan umat Islam rasa tidak senang. Mereka yang tidak senang itu bukan orang Islam biasa sahaja tapi cerdik pandainya terutama yang mendapat pendidikan Barat turut rasa tidak senang dan membangkang. Bahkan sebahagian ulama pun akan ada yang berdalih dengan mendatangkan berbagai-bagai hujah mengapa Islam itu tidak boleh dijadikan perlembagaan hidup di dalam negara.

Mereka itu bila disebut sahaja Islam patut dijadikan perlembagaan dan undang-undang, ada yang mencemik. Ada yang kerut muka. Ada yang mengatakan:

“Nanti apa kata bangsa lain.”

“Nanti orang takut.”

“Boleh membawa huru-hara.”

“Kita tidak mahu patah ke belakang.”

“Kita akan jadi mundur.”

Bahkan bermacam-macam perkataan yang kita akan dengar daripada lidah mereka yang tidak setuju.

Kalau Islam itu ditegakkan sebagai akidah dan ibadah, tidak mengapa, mereka tidak menyanggah kerana golongan yang menentang itu pun sebahagiannya orang yang berakidah dan melaksanakan ibadah. Cuma yang mereka tidak setuju ialah undang-undang Islam itu dijadikan perlembagaan hidup. Ini mereka tidak boleh terima. Kalau kita mendatangkan hujah-hujah dan dalil-dalil dari nas-nas Al Quran dan Sunnah pun mereka tidak akan bersetuju.

Orang Islam zaman kini lebih senang menerima logik akal atau berfikiran secara yang rasional. Katanya kini adalah zaman teknologi, zaman IT, zaman globalisasi, zaman langit terbuka dan tiada border, bukan zaman unta.

Sekiranya kita serius juga memperjuangkan serta beria-ia sangat untuk mendaulatkan Islam sebagai undang-undang, kita akan dicurigai, dimusuhi, ditentang, dihalang, dibuang, dituduh memecah belah umat dan menggugat keselamatan negara. Kerana itulah umat Islam yang lemah semangat atau ada kepentingan, sudah tidak mampu lagi memperjuangkan Islam itu secara global kerana tidak sanggup menerima risiko yang berat.

Sebenarnya kalau kita menggunakan hujah akal pun, adalah logik, rasional, patut serta munasabah bahawa Islam itu dijadikan undang-undang hidup untuk semua manusia di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan mereka. Kalau jiwa tidak berpenyakit, akal mereka pun boleh menerima mengapa Islam itu patut dijadikan perlembagaan hidup. Tapi apabila jiwa sudah berpenyakit, terutama penyakit cinta dunia dan kuasa, hujah apa sekalipun dibawa, orang yang jiwa berpenyakit itu tidak akan menerimanya. Mereka tetap juga akan berdalih dan menolaknya.

Di sini mari kita membawa hujah-hujah dan dalil-dalil akal yang kita rasa amat logik dan rasional mengapa syariat Islam yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah itu patut dijadikan perlembagaan hidup manusia sejagat bukan hanya sekadar di dalam sebuah negara sahaja. Di antaranya seperti berikut:

1. Dunia ini adalah ciptaan Tuhan dan seluruh isinya termasuk manusia adalah ciptaan-Nya juga. Oleh itu siapa dapat menafikan bahawa dunia dan seluruh isinya adalah kepunyaan Tuhan dan milik-Nya dan manusia hanya menumpang sementara waktu. Oleh yang demikian adalah tidak logik dan tidak masuk akal bahawa Allah yang bersifat Rahman kepada hamba-hamba-Nya, demi kebaikan dan keselamatan hamba-Nya tidak membuat peraturan untuk manusia tapi manusia yang menumpang ini pula yang berhak membuat peraturan.

Sebagai contoh, kalau kita duduk di rumah tumpangan, apakah kita yang berhak membuat peraturan dan disiplin atau yang empunya rumah itu membuat peraturan dan disiplin? Tentulah akal kita boleh menerima dan patut menerima bahawa peraturan itu adalah dari yang punya rumah itu. Kita yang menumpang tidak boleh memandai-mandai membuat peraturan rumah tumpangan itu. Ertinya Allah lah yang berhak membuat peraturan di dunia dan bukannya manusia.

2. Setiap bangunan yang hendak dijadikan tempat orang menumpang seperti hotel, hospital, guest house, tidak pernah berlaku tuan punyanya tidak menetapkan peraturan. Demi keselamatan rumah itu bahkan keselamatan penumpang sudah tentu tuan punya rumah itu membuat peraturan. Apatah lagi Tuhan Pencipta alam yang Maha Bijaksana yang sangat kasih terhadap hamba-hamba-Nya. Demi keselamatan hamba-hamba-Nya sudah pasti dia membuat peraturan-peraturan. Tidak munasabah Tuhan mencipta makhluk-Nya tanpa peraturan dan undang-undang. Tidak masuk akal, setelah makhluk dicipta kemudian dibiarkan tanpa peraturan sedang manusia pun bila membuat sesuatu ada peraturannya!

3. Di dalam kehidupan kita di dunia, tidak pernah berlaku bahawa setiap sesuatu ciptaan itu; demi keselamatan barang rekaan; katalog panduannya dibuat oleh si pemakai atau pengguna. Biasanya tukang cipta tentulah lebih arif tentang ciptaannya daripada pengguna. Oleh kerana itulah katalog yang mengandungi peraturan-peraturan kereta misalnya, pencipta keretalah yang membuatnya. Kalau begitu, tentu lebih logik lagi untuk akal menerima bahawa demi keselamatan dunia terutama keselamatan manusia, maka Allah yang Maha Mengetahui tentang ciptaan-Nya itu sudah tentu membuat peraturan iaitu syariat Islam yang termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah.

4. Akal dan fitrah semulajadi kita tidak boleh menerima jika ada orang datang ke rumah kita, kemudian dia memandai-mandai membuat dan menentukan peraturan-peraturan di rumah kita serta berbuat sesuka hati. Begitulah juga bagi akal yang waras dan jiwa atau fitrah yang bersih, sebagai hamba Allah yang menumpang di dunia ciptaan-Nya sudah tentu kita boleh menerima bahawa kita tidak boleh memandai-mandai membuat peraturan di dunia ini dan membuat apa sahaja dengan semahu-mahunya. Kerana dunia ini bukan ciptaan dan kepunyaan kita. Kita ini adalah ciptaan Allah. Kita hanya menumpang sementara waktu. Adalah dianggap tidak beradab kita yang membuat peraturan dan bertindak sesuka hati, kemudian kita tolak peraturan dari Allah Pencipta bumi tempat kita menumpang ini dan juga yang mencipta kita. Sepatutnya kita rasa malu dan merasa bersalah jika kita menolak peraturan Tuhan.

5. Katalah di dalam sebuah rumah yang besar, di dalamnya ada keluarga yang besar, yang dikepalai oleh seorang ayah yang bijaksana dan bertanggungjawab. Demi kebaikan keluarga itu dan agar mereka boleh bersatu padu, hidup aman damai, mana lebih logik diterima oleh seluruh keluarga, peraturan dari ayah sebagai ketua keluargakah atau setiap orang bebas membuat peraturan untuk semua?

Fitrah semulajadi dan akal yang waras tentu boleh menerima bahawa menerima bersama peraturan dari ayah itu lebih mudah kerana yang membuat peraturan itu adalah ayah bersama. Tiada siapa yang iri hati. Tapi kalau dibebaskan setiap orang membuat peraturan untuk semua di dalam rumah itu tentu akan timbul perbalahan. Abang yang tua tentu tidak boleh menerima pandangan adik kerana dia merasa tercabar. “Mengapa patut saya mengikut adik.” Yang adik pula walaupun dia adik, mungkin kerana dia merasa lebih pandai dari abang-abangnya memandangkan dia lulusan universiti sedangkan abangnya bersekolah rendah sahaja, maka dia kata, “Aku kelulusan universiti, mengapa pula aku mesti ikut abang yang tidak berpelajaran.” Jika setiap orang membuat cadangan, mesti ada kepentingan, yang lain tidak akan boleh terima kerana curiga.

Begitulah di dalam dunia ini ada berbagai-bagai kaum dan bangsa yang sama-sama duduk menumpang di bumi Tuhan. Kalau setiap orang, kaum atau bangsa membuat peraturan, seperti ideologi ciptaan (sosialisme, nasionalisme, komunisme atau kapitalisme) untuk diguna pakai kepada semua manusia, manusia yang sama menumpang itu tentu menganggap orang yang mencetuskan sistem hidup mesti ada kepentingan untuk kaum, bangsa atau kelompoknya. Ertinya ada yang curiga. Selain itu ada golongan lain pula yang akan merasa tercabar. Mereka akan berkata, “Yang membuat peraturan itu juga manusia macam kami. Kami juga ada kemampuan membuat sistem hidup. Mengapa kita mesti ikut mereka.” Kerana manusia ini ada ego, payah hendak mengikut satu sama lain. Kalau begitu, bila manusia hendak bersatu? Tapi kalau semua manusia ini menerima bahawa Tuhan yang menciptakan bumi dan mereka manusia adalah Tuhan bersama, serta menyedari bahawa mereka sama-sama menumpang di bumi Tuhan, ego mereka tidak akan terpukul dan tercabar. Kalau ada yang menentang itu manusia yang sudah terlalu jahat kerana yang kena cipta (makhluk) hendak melawan Khaliqnya.

6. Di dalam kehidupan manusia di dunia ini, demi keperluan dan kepentingan mereka, manusia memerlukan berbagai-bagai sistem hidup, seperti sistem politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan, perhubungan, ketenteraan, kebudayaan dan perhubungan antarabangsa. Kalau begitu apa yang hendak ditakutkan sangat dengan undang-undang Islam kerana di dalamnya mengandungi berbagai-bagai sistem kehidupan yang lebih mantap, baik lagi adil demi untuk kebaikan manusia sejagat. Hal ini telah berjalan beberapa lama, yang telah dibuktikan oleh sejarah sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke tujuh ratus tahun kemudian. Semua kaum dan bangsa yang bernaung di bawah sistem itu rasa selamat dan berpuas hati, sekalipun ada kalangan mereka tidak menukar akidah dan agamanya. Mereka berasa selesa duduk di bawah sistem Islam yang dibawa oleh umat Islam daripada undang-undang dan peraturan hidup yang dibuat oleh bangsanya sendiri.

7. Selain akidah dan ibadah, peraturan dan undang-undang serta akhlak di dalam Islam itu bersifat sejagat. Ertinya fitrah semula jadi boleh menerima dan boleh berkongsi bersama bahkan apa yang dikongsikan bersama itu, memang mereka bersama-sama mencarinya dan semua orang atau golongan menginginkannya kerana ia merupakan keindahan hidup manusia. Di antara beberapa contoh perkara yang diterima dan menjadi keinginan bersama itu adalah sifat-sifat positif seperti adil, jujur, menunai janji, penyayang, pemurah, mengutamakan orang lain, berkerjasama, memberi maaf dan meminta maaf. Sifat-sifat negatif yang dibenci bersama seperti benci kepada perzinaan, mencuri, menipu, khianat, berbohong, membunuh, merompak, menzalim dan pemalas. Di dalam Islam perkara-perkara yang positif tadi sangat digalakkan dan dipuji serta diberi pahala oleh Allah. Manakala sifat-sifat negatif tadi sangat dibenci dan sangat ditentang. Di dunia lagi ada hukuman-hukumannya dan di Akhirat nanti kena hukum lagi iaitu dicampakkan ke dalam Neraka. Di dalam ajaran agama lain dan di dalam mana-mana ideologi, dua perkara yang kita sebutkan itu tidak dipentingkan. Kalau ada pun disebut tidak serius, tidak seperti di dalam ajaran Islam.

8. Keindahan dan kebaikan sistem Islam itu telah terbukti dan dicatat di dalam sejarah. Bahkan telah dijadikan bahan kajian. Keindahan dan kebaikannya telah diterima bersama oleh kaum, bangsa dan berbagai-bagai penganut agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Mereka rasa terjamin dan amat selesa duduk di dalam sistem itu. Hal sedemikian belum dapat dibuktikan oleh mana-mana sistem yang lain seperti fahaman-fahaman yang dibawa oleh Barat sama ada bersifat agama iaitu Kristian atau bersifat ideologi seperti faham liberal kapitalisme. Begitu juga tidak berlaku terhadap faham komunis dari China dan Rusia. Sejarah telah mencatatkan, ideologi mereka itu penuh dengan sejarah hitam, berlaku berbagai-bagai penzaliman dan penindasan. Manusia hidup di dalam neraka, walaupun di masa yang sama mereka membawa ilmu kemajuan dan pembangunan. Yang paling menderita di bawah sistem mereka adalah umat Islam. Dunia tahu hal ini maka tiada siapa yang boleh menafikannya.

9. Selepas negara-negara umat Islam dijajah, terutama dijajah oleh bangsa-bangsa Barat, kemudian negara-negara umat Islam telah merdeka satu demi satu. Sejak 60 tahun yang lampau hampir semua negara-negara umat Islam yang telah merdeka ini, undang-undang negara mereka belum kembali kepada Islam. Kalau ada pun hanya pada nama sedangkan di dalam amalan belum berjalan betul dan serius. Negara-negara umat Islam ada yang undang-undang negaranya berdasarkan sosialisme atau nasionalisme, ada yang berdasarkan liberal kapitalisme atau faham demokrasi Barat. Semuanya dengan tujuan untuk membangunkan perpaduan, kasih sayang, kemajuan, ilmu pengetahuan, pembangunan, kekuatan ekonomi, ketenteraan, keharmonian masyarakat dan agar masyarakat bersih daripada gejala-gejala negatif atau tidak sihat. Untuk kembali kepada perlembagaan Islam, mereka masih takut dan bimbang. Bahkan ada yang anti dan memusuhi undang-undang Islam. Namun apa telah terjadi? Secara umum, kemajuan dan pembangunan belum sampai ke mana, ilmu masih bersandar dengan orang lain dan krisis politik masih tidak habis-habis. Di sudut ekonomi pula, banyak negara umat Islam yang miskin, sekalipun khazanah negaranya kaya. Kalau ada negara yang kaya, kekayaannya hanya diperolehi oleh golongan yang kecil dan terbatas namun rakyat umum masih ramai yang papa kedana. Pergaduhan, pergeseran, pembunuhan dan peperangan lebih banyak berlaku di negara-negara umat Islam. Gejala masyarakat, dadah, rasuah, zina, arak, perpecahan keluarga, rogol, sumbang mahram masih berleluasa berlaku di negara-negara umat Islam. Hal-hal ini berlaku disebabkan oleh sistem-sistem yang telah disebut tadi. Ianya berlaku bukan kerana berjalannya undang-undang Islam di negara-negara itu. Patutnya dari pengalaman-pengalaman ini umat Islam menjadi sedar dan insaf terutamanya para-para ulamanya, pemimpin-pemimpin negara, ahli-ahli ekonomi, cendiakawan-cendiakawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat kerana mereka lebih boleh berfikir.

Sepatutnya umat Islam kembali kepada ajaran Islam dengan penuh berani dan tekad bahawa Islam itu memang kepunyaan mereka, yang telah terbukti kebaikannya, beratus-ratus tahun yang silam. Dengan ajaran Islam, umat Islam menjadi tuan guru, contoh teladan dan ikutan bangsa-bangsa lain. Oleh itu apa hendak ditunggu-tunggu lagi? Kita sudah cuba sistem orang lain dan hasilnya adalah kehinaan, kelemahan, perpecahan, kemungkaran, kerosakan masyarakat dan kemelaratan.

Apakah kita hendak teruskan undang-undang yang kita pinjam itu, yang ternyata telah merosakkan kita? Atau tunjukkanlah keberanian kita itu menerima Islam semula secara total sebagai perlembagaan hidup demi kebaikan kita dan juga alam sejagat.

10. Barat dengan faham dan ideologi mereka, di sudut ilmu dan fizikal, memang mereka berjaya. Mereka telah meneroka berbagai-bagai bidang ilmu. Sains dan teknologi mereka tinggi dan canggih, kemajuan dan pembangunan mereka mengkagumkan tetapi di segi atau di aspek pembangunan insaniahnya gagal, punah-ranah, musnah, hancur dan lebur. Apa tidaknya, malu sudah tiada, seks dan kehidupan lucah macam binatang merata dan menjolok mata. Rogol, zina, homoseksual dan lesbian jadi budaya. Zina bukan sahaja berlaku dengan yang bukan muhrim, dengan muhrim pun biasa sahaja. Sistem kekeluargaannya punah-ranah. Hidup nafsi-nafsi jadi budaya, bertukar-tukar bini, seks bebas biasa sahaja. Agama sudah tiada tempat. Orang tuanya terbiar manakala orang mudanya liar. Membunuh dan tembak-menembak jadi hiburan. Bunuh diri sebagai jalan keluar menyelesaikan masalah yang tidak boleh hendak diselesaikan. Pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai mereka telah bingung untuk mencari jalan keluar daripada kemelut dan kekusutan yang ada. Mereka tidak nampak jalan. Mereka telah jemu dan rasa kecewa dengan sistem hidup mereka sendiri tapi tidak ada alternatif. Hendak ikut Islam, tidak ada model. Umat Islam pun macam mereka kerana sistem hidupnya sama atau hampir-hampir sama.

Oleh itu mengapa umat Islam tidak mahu berfikir lagi? Mengapa kita mengikut orang Barat yang sistem hidup mereka sudah gagal. Sistem mereka telah merosakkan insaniah manusia. Ianya boleh membangunkan fizikal tapi memusnahkan insaniah mereka. Dengan sistem hidup, mereka berjaya melahirkan lambang-lambang kebesaran syaitan, lambang-lambang kebesaran haiwan dan lambang-lambang kebesaran pokok kayu di hutan rimba yang semuanya berupa manusia. Mereka gagal melahirkan lambang-lambang Tuhan pada diri manusia.

Itulah di antara hujah-hujah kita mengapa manusia sejagat terutama umat Islam sendiri patut dan mesti menerima undang-undang Islam sebagai perlembagaan hidup. Hujah-hujah yang telah diberi tadi boleh diterima oleh akal. Bahkan memang logik sangat diterima. Oleh itu apa lagi yang tidak kena dengan undang-undang Islam? Apa lagi yang hendak ditakuti? Lebih-lebih lagi akal pun merasakan undang-undang Islam itu tidak kolot, tidak ketinggalan zaman, rasional, patut didaulatkan, logik dan tidak memalukan. Akal yang waras dan tidak prejudis, boleh menerima bahkan merasa ia patut diterima. Kita harap moga-moga negara kita Malaysia adalah negara pertama di dunia, di akhir zaman ini yang akan menerima Islam sebagai perlembagaan negara.

Thursday, September 11, 2008

Tamu Teristimewa

Bulan Ramadhan...kau datang bersamamu seribu satu rahsia,

awalmu rahmat, pertengahanmu maghfirah dan penghujungmu adalah pembebasan dari neraka,

tapi adakah aku orang yang mendapat rahmat di awal ketibaanmu dengan keadaan diriku yang sentiasa tertipu dengan dunia dan terpesona dengan keindahannya yang menipu,
adakah rahmat itu dapat aku kecapi dikala diriku masih ditunggang nafsu yang sentiasa mengajak kearah kejahatan ?!

Maghfirah yang ada pada pertengahan keberadaanmu kudambakan walaupun kutahu diri beramal tidak seberapa, yang kuharap adalah secebis maghfirah dari Tuhan yang Esa agar diri ku menjadi orang yang terlepas dari Neraka dan dari Azab-Nya yang amat pedih....

harapanku padamu ramadhan janganlah dipersia-siakan... kaulah bulan yang Tuhan datangkan untuk hamba-hambanya mengOverhaul hati dan jiwa dari noda-noda dosa dan najis syirik yang menyelubungi hidup hamba-hambanya di zaman yang sangat menakutkan fitnahnya yang berlaku dimana-mana. Mudah-mudahan kau menjadi saksi membawa seribu pengharapan seorang hamba yang ibadahnya kurang, khusyuknya tiada agar terselamat hamba dari Azab yang Tuhan sediakan buat mereka-mereka yang tertipu dengan fitnah dunia dan keindahannya yang menipu... sesunggunya dunia itu lahwun wa la'ibun....

Ramadhan.....

Semoga aku menjadi orang yang mendapat rahmat, maghfirah dan pembebasan dari azab neraka...

Kuharap dengan Rahmat dan kasih sayang yang Esa, serta Syafaat baginda Rasulullah SAW, serta berkat guru yang tercinta Abuya Syeikh Imam Asyaari, ku mendapat secebis rahmat dari awal ketibaanmu, maghfirah yang datang buat hamba-hamba yang ikhlas dipertengahanmu dan menjadi orang yang mendapat anugerah pembebasan dari neraka bersama pemergianmu....

kaulah Tamu teristimewa... ya Ramadhan.....

Monday, August 4, 2008

Sahabat Yang Disemadikan Di Bumi Syam(Syria)- Saidina Dehyah Al-Kalbi

SAYIDINA DEHYAH ALKALBI

Nasabnya
Dehyah bin Khalifah bin Farwah bin Fadhalah bin Zaid bin Imri'il Qais bin Khazraj bin Amir bi Bakar bin Amir Al Akbar bin Auf bin Al Qais bin Uzrah bin Zaid Al Lata bin Rufaidah bin Thaur bin Kalb bin Wabrah Al Kalbi.

Sejarah hidupnya:
Saidina Dehyah r.a merupakan salah seorang sahabat yang masyhur. Banyak peperangan yang beliau sertai bersama Rasulullah SAW kecuali peperangan Badar.

Diriwayatkan dalam hadis bahawa Saidina Jibril pernah menyerupai Saidina Dehyah Al Kalbi, seperti yang terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dari Saidina Anas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;"Bahawa Jibril pernah datang menyerupai Dehyah Al Kalbi".

Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah S.A.W pernah berjalan dengan beberapa orang sahabatnya di Suwarain (sebuah tempat berdekatan dengan madinah),sebelum sampai kepada Bani Quraizah Rasulullah bertanya;"Adakah sesiapa yang melalui jalan ini tadi" berkata para sahabat ;"Wahai Rasulullah kami melihat Saidina Dehyah bin Khalifah Al Kalbi menunggang Kaldai putih ….".Berkata Rasulullah s.a.w:" Beliau adalah Saidina Jibril yang diutuskan kepada Bani Quraizah untuk menggoncang kuda-kuda mereka untuk melontarkan ketakutan dihati-hati mereka".

Saidina Dehyah Al Kalbi dikatakan seorang yang mempunyai rupa paras yang sangat tampan dan kacak. Hinggakan dijadikan perumpaan dalam perkara yang berkaitan dengan keelokan rupa paras dan kecantikan. Diceritakan oleh Ibnu abbas bahawa setiap kali Dehyah masuk ke Madinah, gadis-gadis pasti tidak akan melepaskan peluang melihat wajahnya yang tampan.

Beliau pernah menjadi utusan Rasulullah ke Qaisar untuk perjanjian damai pada tahun ke 6 hijrah, dan telah mengislamkan Qaisar.

Diceritakan oleh Tarmizi bahawa Saidina Dehyah pernah menghadiahkan kepada Rasulullah 2 pasang khuf dan Rasulullah memakainya.

Sayidina Dehyah turut menyertai peperangan Yarmuk. Selepas beliau itu berhijrah ke Damsyik dan hidup hingga zaman pemerintahan Saidina Muawiyah. Beliau wafat pada tahun 45hijrah di Mazzah dan dikebumikan disitu. Maqamnya sangat masyhur. Meriwayatkan dari Rasulullah sebanyak tiga hadis.


Credit to : Regal Travel Middle East, Ustaz Harun Taat, Ustaz Soleh Saliyan, Lukman Hakim, Rizal Rosli

Sahabat Yang Disemadikan Di Bumi Syam (Syria) - Saidina Bilal Bin Rabah r.a

SAIDINA BILAL IBNU RABBAH

Keturunannya
Bilal Ibn Rabbah Al Habsyi Al Qurasyi At Taimi. Bapanya Rabbah, ibunya Humamah.Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Abdullah.

Sejarah hidupnya
Beliau merupakan salah seorang yang pertama memeluk agama Islam di peringkat awal Islam dan digelar (As Sabiqunal Awwalun). Beliau sangat tabah dalam menghadapi ujian dan seksaan yang dikenakan keatasnya sewaktu memeluk Islam oleh tuannya Umaiyah. Tuannya telah menyeksanya di tengah panas terik dan diletakkan keatas dadanya sebiji batu besar yang berat dan berkata kepadanya “Selagi mana engkau tidak meninggalkan Muhammad dan kembali menyembah Latta wal u’zza, maka berterusanlah engkau didalam keadaan begini sehingga mati”. Tetapi semua itu sedikit pun tidak menggugat keteguhan iman Saidina Bilal kepada Allah swt. Malah lidahnya terus menyaksikan keesaan Allah SWT dengan menyebut:”Ahad, Ahad”.

Maka berterusanlah seksaan keatas Saidina Bilal tanpa belas tanpa kasihan hinggalah pada satu hari Saidina Abu Bakar berjalan dan terlihat kejadian yang amat menyayatkan hati itu bagi siapa pun yang melihat, terus dibeli dari tuannya dan dibebaskan.
Saidina Bilal adalah muaazin Rasulullah sewaktu hidupnya, di mana saja Rasulullah berada. Beliau merupakan orang pertama yang melaungkan azan dalam Islam. Suaranya dikenali oleh seluruh ahli Makkah dengan suara yang lunak dan merdu. Laungan azannya yang merdu menyusup ke seluruh Madinah. Kaum muslimin yang mendengar suaranya segera bergegas-gegas kemasjid untuk menunaikan solat bersama Rasulullah S.A.W. Beliaulah yang telah menambah dalam azan subuh kalimah “ Assolatu khairun minan naum ”.

Saidina Bilal bukan muazzin Rasulullah, bahkan sebagai penyimpan harta Rasulullah S.A.W. Beliau berkulit hitam manis,kurus,tinggi dan mempunyai rambut yang lebat.

Turut sama dalam hijrah ke Madinah. Saidina Bilal sentiasa bersama Rasulullah di setiap peperangan yang di sertai baginda. Di peperangan Badar beliau telah memenggal kepala Umaiyah bin Khalaf.

Sewaktu pembukaan Makkah, Rasulullah telah masuk dengan penuh kesyukuran bersama 10 ribu orang muslimin dan menghala ke Ka’bah dan masuk kedalamnya dengan ditemani oleh Saidina Bilal. Lalu Rasulullah menyuruh Saidina Bilal naik keatas Ka’bah dan laungkan azan. Berdirilah ribuan ribuan umat Islam dalam suasana yang sungguh tenang dan mengamati setiap kalimah yang dilaungkan oleh Saidina Bilal. Kaum muslimin dengan penuh khusyuk mengikuti perlahan-perlahan setiap lafaz yang dilafazkan dalam azan tersebut.

Walaupun banyak anugerah dan kelebihan yang diberikan pada Saidina Bilal ini, tapi beliau sangat tawadhuk,tidak melihat pada dirinya hanyalah seorang yang berbangsa Habsyi yang semalamnya hanya seorang hamba abdi.

Kecintaannya pada Rasulullah sangat luar biasa. Sentiasa bersama Rasulullah dalam setiap peperangan dan jihad hinggalah baginda pulang bertemu rafiqul A’la. Saidina Bilal melalui hari-harinya dengan sembahyang dan ibadah.

Di hari kewafatan Rasulullah SAW, sewaktu baginda di atas pembaringan masuk Saidina Bilal untuk bertemu jasad baginda yang mulia, beliau tidak dapat menahan lagi kesedihan dan sebak yang ditanggung di dadanya lalu berjujuranlah air mata mengalir di atas pipinya. Kemudian beliau bersembahyang dan terus pulang kerumahnya dengan membawa perasaan yang hiba dan sayu yang amat mendalam. Kerana kesedihan berpisah dengan Rasulullah hingga beliau tidak mampu tidur sepanjang malam hinggalah menjelang fajar.

Beliau keluar untuk mengazankan solat subuh seperti yang biasa dibuat. Tiba waktu subuh yang hening dan tenang beliau pun melaungkan setiap kalimah di dalam azan dan tiba-tiba terhenti di kalimah “ اشهد أن محمداً رسول الله‘’. Seolah-olah tersekat sebutan itu kedalam kerongkongnya, terikat lidahnya, kedua bibirnya terbungkam.Lantas mengalir air matanya diatas kedua belah pipinya dengan amat deras seperti hujan yang lebat. Setelah dikumpulkan segala kekuatan untuk mengawal dirinya, dan membuka ikatan lidahnya dan akhirnya dapatlah beliau menyempurnakan azannya dengan suara yang perlahan dan tenang.

Semenjak kejadian itu Saidina Bilal pergi menguzlahkan dirinya. Sewaktu tibanya waktu solat orang ramai mencari Saidina bilal untuk azan, akhirnya mereka bertemu juga tempat uzlah Saidina Bilal tapi beliau enggan dengan berkata :“ aku tidak akan azan lagi selepas ini,maka carilah orang lain selain aku”.

Sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar, Saidina Bilal telah memohon untuk keluar berjihad bersama tentera-tentera Saidina Usamah ibn Zaid yang diarahkan oleh khalifah untuk ke negara Syam.Tapi Saidina Abu Bakar menolak permohonan tersebut dan meminta Saidina Bilal untuk berada bersamanya.

Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, tampok pemerintahan di amanahkan kepada Saidina Umar AlKhattab R.A. Sekali lagi Saidina Bilal memohon izin untuk keluar berjihad, tanya Saidina Umar: “Tak mahukah kamu berada disampingku sepertimana engkau sentiasa disamping Rasulullah dan Saidina Abu Bakar? Jawab Saidina Bilal: “Aku rindu dengan jihad wahai Amirul Mukminin kerana aku pernah mendengar Rasulullah menyebut padaku: “Wahai Bilal..tiada amalan yang lebih baik daripada berjihad pada jalan Allah”. Jawab Saidina Umar: “ terpulanglah pada kamu wahai Bilal, tapi kemana kamu hendak pergi?”. “Aku akan menyusuri Saidina Abu Ubaidah di Syam”. Maka pergilah Saidina Bilal ke Syam.

Ketika Saidina Umar R.A pergi ke Syam, Saidina Bilal telah diminta untuk mengazankan untuk satu waktu sembahyang.Maka Saidina Bilal pun naik keatas minbar dan melaungkan azan buat kali pertamanya setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Laungan azan Saidina Bilal kali ini membuatkan orang-orang yang pernah bersama Rasulullah menangis dengan tangisan yang tak pernah ditangisi sebelum ini kerana mengenangkan Rasulullah.Orang yang paling hebat tangisannya adalah Saidina Umar R.A.

Diceritakan juga bahawa Saidina Bilal pernah diminta untuk azan oleh Khalifah Umar ketika menziarahi maqam Rasulullah. Tapi Saidina Bilal tidak mampu untuk menyempurnakan azannya.

Hari demi hari Saidina Bilal ditimpa sakit yang teruk hingga menyebabkan terpisahnya nyawa dari badannya. Tapi baginya ia adalah satu kegembiraan kerana beliau akan ditemukan dengan kekasihnya Rasulullah.

Diriwayatkan bahawa Saidina Bila wafat di zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A. Tarikh wafatnya dikatakan pada 20 hijrah, ada juga yang mengatakan pada 17hijrah, ada juga yang mengatakan pada 18hijrah dan dikebumikan di ‘Babus Soghir” Damsyiq. Maqamnya jelas dan terkenal.
Beliau juga ada meriwayatkan hadis dari Rasulullah sebanyak 44hadis, ada terdapat di kitab sohihail Bukhari wa Muslim.

Credit To : Regal Travel Middle East
Ustaz Harun Taat
Ustaz Soleh Saliyan
Lukman Hakim Ibrahim
Rizal Rosli

Wednesday, July 30, 2008

Sebuah kisah teladan dari Kisah Hidup Khalifah Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid.

Di satu hari ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang duduk didalam kenderaannya yang digunakan untuk meninjau-ninjau keadaan rakyatnya di Kota Baghdad, terdengar dari jauh satu suara menjerit memanggil-manggil namanya.

…" Wahai amirul mukminin, wahai amirul mukminin, patik ada satu amanah yang harus disampaikan kepada Tuanku " …

" Buka dan berikan laluan kepada lelaki itu. " arah khalifah kepada pengawal-pengawal disekelilingnya. Ketika tiba dihadapan khalifah lelaki itu terus memberi salam.

Pembawa amanah : Assalamualaikum wahai amirul mukminin.

Khalifah : Waalaikumussalam, Apa yang kau mahu?

Pembawa amanah : Patik ada amanah yang harus disampaikan kepada Tuanku.

Khalifah : Amanah ?!

Pembawa amanah : Ya, amanah Tuanku. Cincin ini telah diminta oleh seorang hamba
Allah untuk patik menyampaikannya kepada Tuanku.

Khalifah : (dengan suara yang menekan) Dari mana kamu mendapat cincin ini?

Pembawa amanah : Dari tuannya , wahai amirul mukminin.

Khalifah : Kau kenal tuan punya cincin ini?

Pembawa amanah : Ya, saya kenal dia Tuanku.

Khalifah : Bawa lelaki ini bersama-sama kamu ke istana. ( arah khalifah kepada para
Pengawal )


( Di Istana Khalifah )

Khalifah : Kemari kamu dekat kepada beta.

Pembawa amanah : Dengan penuh hormat Tuanku.

Khalifah : Siapakah namamu dan dari mana kamu datang ?

Pembawa amanah : Nama patik Abdullah bin Farj Tuanku, patik dating dari Basrah.

Khalifah : Kamu kata kamu mengenali pemilik cincin ini?

Abdullah : Benar Tuanku, nama dia Ahmad as-Sabiy.

Khalifah : Ahmad As-Sabiy?

Abdullah : Ya, begitulah dia dipanggil orang Tuanku.

Khalifah : Di mana?

Abdullah : Di Basrah Tuanku.

Khalifah : Dia sekarang di Basrah?

Abdullah : Sebelum ini dia di Basrah Tuanku.

Khalifah : Di mana dia sekarang?

Abdullah : Semoga Allah memanjangkan umur Tuanku. Sebenarnya dia sudah
meninggal.
Khalifah : Sudah meninggal?

Abdullah : Ya, semoga Allah merahmatinya.

Khalifah : Cuba kamu ceritakan dulu tentang peribadinya kepada beta.

Abdullah : Dia seorang pemuda dalam lingkungan 20an. Orangnya tinggi, dadanya
bidang…
Khalifah : Kenapa kamu melihat beta begitu?

Abdullah : Maafkan patik Tuanku, sebenarnya patik pelik kerana dia sangat
menyerupai Tuanku. Kalaulah tubuh badannya tidak kurus kering, nescaya
patik akan mengatakan dia adalah salinan Tuanku.

Khalifah : Cukup setakat ini…sesungguhnya itu adalah dia. Tiadalah daya dan upaya
melainkan Allah. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nyalah
kita kembali.

Abdullah : Apakah dia putera Tuanku?

Khalifah : Ya, dia adalah putera pertama beta dan yang paling beta sayangi. Tidakkah
dia memberi tahu kepadamu tentangnya?

Abdullah : Tidak tuanku. Dia tidak memberi tahu patik, tetapi yang menceritakan
menceritakan tentangnya kepada patik adalah seorang wanita tua, Hajah
Khadijah Hamawiyah, beliaulah yang menjaganya.

Khalifah : Siapa pula gerangan wanita tua itu?

Abdullah : Seorang wanita yang solehah, mengasingkan dirinya di rumah hanyalah
untuk beribadah. Yang patik tahu disitulah putera tuanku dibesarkan dan di
didik semenjak kecil.

Khalifah : Nampaknya banyak yang kau ketahui tentang puteraku itu. Ayuh,ceritakan padaku apa yang ketahui tentangnya.

Abdullah : patik harap tuanku Ampunkan patik, kerana….

Khalifah : kenapa? Kerana apa?

Abdullah : Patik sebenarnya malu mahu bercerita pada tuanku tentangnya…

Khalifah : Beta tidak peduli apa sebabnya, beta mahu kamu menceritakannya kerena
ia sangat penting buat beta mengetahui kisah hidupnya.

Abdulah : Baiklah kalau begitu tuanku, patik akan ceritakan segalanya. Apakah
tuanku percaya bahawa putera tuanku telah bekerja sebagai tukang bina
rumah untuk mendapatkan sedikit upah untuk kehidupannya?

Khalifah : Waihahu[1] (dengan nada sedih) …. Teruskan ceritamu wahai abdullah,
bagaimana kamu boleh mengenalinya?

Abdullah : Begini tuanku, pada suatu hari patik sangat memerlukan khidmat seorang
seorang tukang rumah untuk membaiki rumah patik. Lalu patik ke tempat
tukang-tukang bina berkumpul dan patik berjumpa dengannya disana.

(Perbualan antara Abdullah dan Ahmad anak Khalifah)

Abdullah : apakah saudara ini seorang tukang bina rumah?

Ahmad : Ya, saya.

Abdullah : Berapa upah yang kamu ambil?

Ahmad : tiga dirham.

Abdullah : ini terlalu banyak. Aku akan bagi engkau 2 dirham sahaja.

Ahmad : Kalau begitu cari tukang bina yang lain.

Abdullah : Hmm, tapi aku lihat tubuh badanmu terlalu lemah untuk bekerja.

Ahmad : engkau lihat dulu hasil kerjaku, dan ianya pasti memuaskan hai engkau,
Insya-Allah.

Abdullah : Baiklah, kalau begitu mari ikut aku.

Ahmad : Aku akan pergi dengan engkau, tetapi dengan syarat.

Abdullah : Apa dia?

Ahmad : Kalau masuk waktu zohor, dan jika muazzin mengumandangkan azan maka
aku akan berhenti untuk solat dan begitu juga pada waktu asar.

Abdullah : Tetapi …!

Ahmad : Saudara jangan risau, Hak Allah tidak akan membuatku melupakan hak
saudara.

Abdullah : Jika begitu, aku terima syarat yang dipinta. Jadi mari kita kesana sekarang.

_ _ _ _ _ _ _ _

Abdullah : Maka ketika matahari terbenam patik dapati dia telah menyelesaikan kerja
yang biasanya dikerjakan oleh dua orang dalam waktu yang singkat.

Khalifah : Kemudian apa yang terjadi ?

Abdullah : setelah itu jika patik ada apa-apa keperluan untuk membaiki rumah,
maka patik akan memanggilnya untuk membaikinya, begitu juga patik
mengusulkannya pada kawan-kawan patik. Mereka semua amat berpuas
hati dengan hasil kerjanya dan sering memujinya. Sehinggalah pada satu
hari di bulan Ramadhan, ketika dia datang untuk bekerja dengan patik,
patik sangat terkejut melihat dirinya yang terlalu kurus dan mukanya yang
pucat.
_ _ _ _ _ _ _ _ _

Abdullah : Aku lihat dirimu sungguh tak bermaya dan mukamu juga terlalu pucat,
jadi untuk hari ini engkau pulang sahaja ke rumahmu.

Ahmad : tidak wahai saudaraku, apa yang kau nampak ini adalah kesan dari puasaku.

Abdullah : Jangan begitu ahmad, aku menasihatmu untuk pulang sahaja.

Ahmad : Baiklah kalau saudara tidak mahu memberiku kerja, aku mencari pada orang
lain sahaja kerana aku sangat memerlukan upah tersebut.

Abdullah : Tidak ya Ahmad, engkau jangan bekerja hari ini, tetapi aku akan memberi
upahnya.

Ahmad : Tapi kau dah tahu yang aku tidak menerima sedekah.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Abdullah : Maka patik terpaksa membiarkannya bekerja pada hari itu tuanku. Ketika
masuk waktu zohor, patik mendapatinya terduduk kepenatan dan peluh
membasahai tubuh badannya dan nafasnya tercungap-cungap.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Abdullah : Bukankah sudah ku beritahu padamu supaya jangan bekerja hari ini ?
Ahmad : Apakah kamu sanggup membuat satu perkara untukku?

Abdullah : Ya.

Ahmad : Tolong papah aku ke rumahku di jalan Hasan al-basri. Aku perlu berjuma
dengan Hajah Khadijah al-hamawi. Sesungguhnya aku sangat takut aku
akan mati sebelum berjumpa dengannya.

_ _ _ _ _ _ _ _
Abdullah : Lalu patik menaikkan ke atas himar patik dan membawanya ke tempat
yang dipintanya sehingga tiba disana. Kemudian patik memapahnya
masuk kedalam rumah. Kami disambut oleh Hajah Khadijah dan apabila
melihat keadaanya, dia meminta patik membaringkan Ahmad di katil.

_ _ _ _ _ _ _

Hajah : Bukankah sudah kukatakan padamu wahai anakku supaya jangan bekerja hari
ini?

Ahmad : Tidak mengapa wahai bondaku dan janganlah kamu ambil darinya
melainkan satu dirham separuh.

Abdullah : Sila ambil upah ini, wahai hajah khadijah.

Ahmad : berapa?

Abdullah : Tiga dirham.

Ahmad : tidak wahai bondaku, janganlah kau terima melainkan satu dirham separuh
untuk upah separu hari. Semoga Allah membalas kebaikanmu saudaraku
kerana sudi menghantarkanku kerumah dan apakah engkau sudi untuk
membantuku menunaikan satu lagi hajatku?

Abdullah : Dengan besar hati saya menerimanya, apakah ia permintaan mu?

Ahmad : Semoga Allah memberkatimu. Sesungguhnya Abdullah ini adalah seorang
yang soleh ibuku, jadi aku ingin mewasiatkan padanya jika ibu bersetuju.

Hajah : Laksanakanlah anakku.

Ahmad : Dimanakan cincin itu, wahai bondaku?

Hajah : Ini cincinnya.

Ahmad : Mari rapat padaku ya Abdullah ibn farj, jika aku mati maka ambil cincin ini
ini dan bawanya ke Baghdad. Jagalah ia dengan bak dan sampaikannya pada
Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Abdullah : Harun Ar-Rasyid ?

Ahmad : Ya, apakah ianya membebankan engkau?

Abdullah : Tidak, tetapi bagaimana mungkin aku bertemu dengannya.

Ahmad : Itu mudah sahaja. Engkau tunggu kenderaan khalifah ketika dia mengelilingi
Kota. Ketika engkau berada betul-betul berdekatan dengannya, maka kau
angkat cincin ini dan dia akan memanggil engkau dan menjemput engkau
dan memuliakan engkau. Ketika engkau berseorang dengannya sampaikan
salam dari pemilik cincin bersama pesanan …

Khalifah : apa yang dipesannya?

Abdullah : Maafkan patik tuanku, patik tak mampu untuk mengucapkannya..

Khalifah : beritahu beta apa pesanannya ?

Abdullah : Dia berpesan pada tuanku : ingatlah, Jangan engkau mati dalam mabukmu terhadap dunia, sesungguhnya jika kau mati dalam mabukmu itu, kau akan kecewa selamanya, (( di hari yang tiada lagi manfaat harta,anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang Salim.))


Setelah itu khalifah meminta Abdullah ibn farj untuk beristirehat menjadi tetamu baginda.

( Di istana Khalifah, anatra Harun ar-Rasyid dan isterinya, Zubaidah)

Zubaidah : Aku sedih melihat keadaanmu berterusan sedih seperti ini wahai amirul
mukminin.

Khalifah : Biarkan aku Zubaidah, demi allah jikalau aku menagis sepanjang hidupku,
belum tentu dapat aku mengurangi kesedihanku kepadanya. Dia sanggup
bekerja sebagai tukang bina dengan gaji sedirham dan dua dirham,
sedangkan khadam-khadamku di istana bermewah-mewah dan memakan
daging dan manisan.

Zubaidah : Apa salahmu? Bukankah dia sendiri yang memilih kehidupan begitu.

Khalifah : Kalaulah aku ikuti nasihatnya ketika dia menziarahi kita disini dahulu….

Zubaidah : Dia hendak kanda mencontohi peribadi dan cara hidup Khalifah umar ibn
Abdul Aziz, mampu kah kanda ketika itu mengikuti nasihatnya?

Khalifah : Ya memang kanda tak mampu, tapi sepatutnya diwaktu itu kanda patutnya
memberi peluang padanya dan berlemah lembut padanya, tetapi apa yang
berlaku ialah sebaliknya, kanda perintahkan semua orang agar
memulaukannya dan melarang sesiapa pun di istana untuk berhubung
dengannya, hingga dia berasa tertekan dan meninggalkan istana dan
menghilangkan diri.

Zubaidah : Tapi bukankah apa yang kanda lakukan itu berpatutan. Kerana dia telah
mempengaruhi fikiran orang terhadap kanda.

Khalifah : Bahkan adinda yang telah menghasut kanda kerana takut kanda melantiknya menjadi tengku mahkota menggantikan ankmu itu.

Zubaidah : Wahai amirul mukminin, apakah tuanku kira seorang ahli ibadah yang sangat perpegang pada prinsipnya itu sesuai menjadi tengku mahkota?

Khalifah : Ya sudah. Siapkan persiapan perjalanan untuk kanda. Esok kanda akan
berangkat ke Basrah untuk menziarahi kuburnya.

Zubaidah : Baguslah kalau begitu wahai amirul mukminin, moga-moga dengan
menziarahi kuburnya, mengurangkan rasa sedih kanda.

Khalifah : Juga akan beta ziarahi ibunya.

Zubaidah : Ibunya? Bukankah ibunya sudah meninggal ?

Khalifah : Bertenang zubaidah, memang ibunya yang kau cemburui itu sudah
meninggal, tetapi yang kanda maksudkan itu adalah perempuan solehah
yang telah membesarkan dan mendidiknya.

Zubaidah : Atau sebab kanda mahu berjumpa dengannya kerana mahu mengetahui
kisah ibu si ahmad yang kanda sangat cintai itu.

Khalifah : Pelik ! kanda sungguh pelik dengan kamu semua. Kamu semua
mencemburui madu-madu kamu walaupun dia sudah mati?!

Zubaidah : Ya, dinda sangat mencemburuinya tapi bukan seperti madu-madu dinda
yang lain, tapi kerana cintanya terhadap kanda yang tidak pernah dan tidak
akan padam dari ingatan kanda.

Setelah itu khalifah keluar dan meninggalkan Zubaidah dalam keadaan penuh
cemburu terhadap madunya yang sudah meninggal. Keesokan harinya, khalifah Harun ar-Rasyid menaiki kudanya dalam keadaan menyamar supaya tidak diketahui dan berangkat ke Basrah bersama Abdullah ibn Farj.

( Di basrah )

Khalifah : Dimanakah kuburnya wahai Abdullah ibn farj?

Abdullah : Dari sini wahai amirul mukminin, berdekatan dengan kubu Abdullah ibn
Malik.

Khalifah : Diam engkau Abdullah, dan ingat jangan sesekali memanggil beta begitu.
beta tidak mahu sesiapa pun mengecam beta.

Abdullah : Kalau begitu apa yang patut patik panggil tuan….

Khalifah : Harun.

Abdullah : Maafkan saya Harun, sebenarnya saya terlupa.

Khalifah : Ya sudah, sekarang tunjukkan dimanakan kubur puteraku. Sebentar, biar beta cuba menekanya. Lihat jika benar rasa hati beta, inilah kuburnya ! . Apakah betul telahan beta ?

Abdullah : Ya, inilah kuburnya dan sebelah sini adalah kubur ibunya.

Lalu khalifah Harun A-Rasyid terduduk dihadapan kedua kubur kekasih hatinya dan menangis semahu-mahunya. Setelah itu khalifah meminta Abdullah menunjukkan rumah Hajah khadijah, wanita solehah yang memelihara anak dan isterinya.

Abdullah : Patik lihat tuanku telah banyak menangis hingga membasahi pakaian tuanku.

Khalifah : menangis disini lebih baik daripada menangis di hadapan Hajah Khadijah. Di manakah rumahnya? Apakah masih jauh?

Abdullah : Tidak , kita sudah hamper tiba dirumahnya..

Khalifah : Apalah nasib anakku yang bertuah itu, membesar dipersekitaran begini…

Ketika sampai dihadapan rumah Hajah Khadijah, Abdullah mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk dan memperkenalkan tetamu yang dibawa bersamanya.

Hajah : Selamat kembali wahai Abdullah, silakan masuk. Apakah sudah kau sampaikan wasiat anakku itu?

Abdullah : Ya, sudah saya sampaikan.

Hajah : Semoga Allah membalas jasamu.

Abdullah : Sebenarnya saya datang bersama seorang tetamu.

Hajah : Dipersilakan masuk wahai Abdullah dan tetamumu. Siapa? Amirul mukminin? Dipersilakan masuk tuanku. Apakah kedatangan tuanku untuk menziarahi kubur putera tuanku?

Khalifah : Benar puan. Beta sudah menziarahinya tadi bersama Abdullah ibn farj.

Hajah : Apa tuanku ziarahi juga kubur yang disebelah kuburnya?

Khalifah : Ya, beta juga menziarahi kubur Aminah, semoga Allah merahmatinya.

Hajah : Rahmat Allah keatas keduanya. Seesungguh mereka adalah sebaik-baik ibu
dan sebaik-baik anak. Kedua-duanya sangat zuhud terhadap dunia dan berlumba-lumba untuk akhirat, sesungguhnya Akhirat itu lebih baik dan berkekalan.

Khalifah : Sekarang barulah beta tahu dari mana Ahmad mendapat sifat zuhud dan
taqwanya itu.

Hajah : Dari ibunya Aminahlah dia mendapat sifat-sifat tersebut. Sesungguhnya
Aminah itu sangat zuhud orangnya.

Khalifah : Beta sangat ingin mengetahui bagaimana Hajah boleh berkenalan dengan
Aminah. Ceritakanlah….

Hajah : Dengan berbesar hati tuanku, sesungguhnya memperkatakan tentangnya
sangat menggembirakan hati patik. Kisah hidup Aminah adalah yang terindah
dari kisah hidup wanita-wanita solehah. Semuanya bermula pada satu malam,
25 tahun yang dahulu. Pada malam itu petik terkejut bila pintu rumah patik
diketuk. Ketika membukanya patik mendapati seorang anak gadis yang sangat
menawan tetapi wajahnya diselubungi kesedihan.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Aminah : Apakah ini rumah hajah Khadijah al-hamawiyah?

Hajah : Ya benar anakku. Silakan masuk… Siapakah geranganmu dan apakah yang kamu mahu?

Aminah : Sebenarnya Hajah, saya sedang lari dari dunia dan didalam perutku ada janin yang sudah mahu keluar ke dunia. Apakah Hajah sudi untuk membenarkanku untuk tumpang berlindung disini sehingga anakku lahir? Saya akan berkhidmat untuk Hajah sebagai membalasnya.

Hajah : dimanakah ahli keluargamu wahai anakku?

Aminah : Saya sekarang ini sebatang kara. Sebelum ini saya tinggal bersama nenek saya, tetapi dia sudah meninggal.

Hajah : apakah disini, Basrah?

Aminah : Tidak, tetapi diluar Baghdad.

Hajah : Maknanya kamu adalah orang asing disini?

Aminah : ya.

Hajah : siapakah namamu?

Aminah : Namaku Aminah…

Hajah : Kalau begitu silakan masuk.
Aminah : Semoga Allah membalasi jasamu wahai puanku. Insya-Allah engkau akan mendapati dariku apa yang menyenangkanmu.

_ _ _ _ _ _ _

Hajah : Begitulah kisah perkenalan patik dengan Aminah wahai Amirul mukminin.
Kemudian makin hari makin bertambah rasa cinta dihati patik terhadapnya
kerana taqwa dan akhlaknya sehingga patik menganggapnya seperti anak
sendiri. Kemudian dia selamat melahirkan anaknya dan diberi nama Ahmad.
Apabila Ahmad makin membesar, kami menyerahkannya pada salah seorang
tukang bina untuk dia pelajari cara-cara membuat binaan dan sesungguhnya
patik tak mengetahui dia sebenarnya anak Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Khalifah : Jadi Aminah tidak menceritakan kisahnya sepenuhnya?

Hajah : Tidak wahai amirul mukminin. Dia tidak sekalipun menceritakan tentang kisah hidupnya yang sebenar dan patik tidak mahu bertanya padanya supaya tidak membebankannya. Sangka patik- Astaghfirullahal'azim- dia telah terlanjur dan ingin bertaubat, dan ini adalah sebaik-baik amalan disisi Allah. Begitulah keadaan kami sehinggalah pada satu hari ketika sakitnya makin parah, dia memanggil patik dan Ahmad untuk duduk disamping katilnya.

_ _ _ _ _ _ _

Aminah : saya rasa sekarang inilah waktu untuk kuberitahukan siapakah dia ayah si Ahmad. Dan kamu Ahmad, hari ini kamu perlu tahu siapakah sebenarnya ayahmu itu sebelum ibumu mati.

Hajah : Bertenang wahai anakku, janganlah kamu menyiksa diri sendiri.

Aminah : tidak mengapa hajah, apa yang akan didengar nanti semuanya baik-baik belaka.

Ahmad : Bukankah ibu telah memberitahuku sesungguhnya nama ayahku adalah harun ar-rasyid dan dia adalah seorang peniaga dari Baghdad dan dia telah keluar berniaga dan tidak kembali-kembali.

Aminah : ya itulah namanya dan perkerjaanya yang dia beritahuku ketika aku berkahwin dengannya. Tetapi setelah itu dia muncul dan memberitahu bahawa dia adalah anak kepada al-Mahdi dan telah menaiki takhta khalifah, itulah yang ku maksudkan perjalanan yang dia tidak kembali kepadaku.

Hajah : Apakah Harun a-Rasyid yang dimaksudkan itu adalah amirul mukminin?

Aminah : Ya, ini adalah cincinnya yang dia telah berikan kepadaku. Maka ambillah ianya dan peliharalah dengan baik sehingga ketika Ahmad membesar dan jika dia ingin menziarahi ayahnya, maka berilah padanya cincin ini untuk dibawa bersamanya.

_ _ _ _ _ _ _

Hajah : setelah itu Aminah pun meningal. Kemudian satu hari Ahmad telah meminta izin dari patik untuk pergi berjumpa tuanku. Namun patik cuba menghalangnya dengan mengatakan padanya untuk tunggu sehingga dia benar-benar cukup dewasa.

_ _ _ _ _

Ahmad : Biarkan aku pergi kepada ayahku wahai ibu, sesungguhnya hari ini aku sudah cukup dewasa.

Hajah : Aku takut kamu tidak akan kembali kepadaku setelah kamu pergi…

Ahmad : Bahkan aku tahu apa yang kamu risaukan. Kamu risaukan fitnah dunia dan kuasa terhadap diriku sehingga aku lupakan Allah dan akhirat.

Hajah : benar telahanmu itu wahai anakku. Itulah yang sangat merisaukanku.

Ahmad : bawa bertenang ibuku, aku berjanji aku tidak akan menjadi seperti itu. Apa yang aku cuba lakukan adalah untuk memberi nasihat kepada ayahku sehingga meniru cara hidup khalifah yang adil seperti umar ibn abdul aziz.

_ _ _ _ _ _ _ _
Hajah : Maka patik pun menyerahkan cincin tersebut dan mengizinkan untuknya pergi berjumpa tuanku. Dan berlakulah kepadanya apa yang telah berlaku ketika dia di istana tuanku.

Khalifah : Benar hajah, sebenarnya beta ingin mengangkatnya menjadi tengku
mahkota, tapi dia pula hendak beta menjadi seperti umar ibn abdul aziz.
Beta ingin memberinya dunia, tapi dia ingin memberi beta akhirat. Dan bila
dia mendapati kami tidak memperdulikan nasihatnya maka dia membawa
diri dari istana tanpa mengucap selamat tinggal pada beta. Telah beta
menyuruh orang-orang istana menjejakinya, tapi tanpa apa-apa faedah
sehinggalah muncul Abdullah ibn Farj.

Hajah : ketika dia pulang ke rumah patik dia menceritakan segala apa yang berlaku di istana. Air matanya mengalir sambil menceritakan apa yg berlaku.

_ _ _ _ _

Ahmad : Sesungguhnya ayahku itu ibu, tidak mahu langsung mendengar apa yang cuba kuperkatakan dan semua orang di istana memulaukanku.

Hajah : Bertenaglah anakku, sebenarnya apa yang kamu cuba lakukan itu bukan mudah. Lagipun kamu sudah mencuba sedaya mungkin untuk menasihati ayahmu itu.

Ahmad : Sebenarnya aku sangat takut apa yang akan berlaku pada ayahku di hari penyaksian yang agung nanti. Apakah ada sesuatu yang mampu kulakukan untuk menyelamatkan ayahku? Apakah ada?

Hajah : Ada anakku, ada. Kamu bertaqwalah kepada Allah dan banyakkan amalan soleh dan doakan ayahandamu itu .
_ _ _ _ _ _ _ _
Khalifah : Aduhai anakku ... sangkaku dia meninggalkanku dengan hati yang sangat
marah padaku…

Hajah : Tidak, sama sekali tidak wahai amirul mukminin. Dia mencintaimu dengan
cinta yang sesungguhnya. Dia telah bekerja disiang hari untuk mendapatkan
upah untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan menghabiskan malamnya
dengan qiyamullail dan beribadah sehingga lemah tubuh badannya. Patik
sungguh cemas melihat keadaannya begitu.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Hajah : Anakku, aku lihat tubuh badanmu sudah cukup lemah. Berhentilah dari pekerjaanmu. Apa yang ada padaku sudah cukup untuk menampungi kita berdua.

Ahmad : Tidak wahai ibuku, sesungguhnya sedekah adalah pekerjaan yang baik dan
sebaik-baiknya harta adalah dari hasil yang di dapati seseorang dari
tangannya sendiri. Maka biarkanlah aku bekerja untuk aku bersedekah
dengan sebaik-baik harta itu, semoga dengan itu Tuhan mengampunkan
ayahandaku, amirul mukminin.

_ _ _ _ _ _ _ _

Hajah : Itulah kesemua ceritanya amirul mukminin. Sekarang patik pula ingin
bertanya jika tuanku tak keberatan, iaitu kisah bagaimana tuanku boleh
mengenali Aminah,juga bagaimana dia boleh meninggalkan tuanku sehingga
datang ke basrah ini. Sebenarnya Aminah merahsiakan perkara ini daripadaku
dan aku tak mahu memaksanya menceritakannya kepadaku.

Khalifah : Baiklah puan, saya akan ceritakan apa yang puan ingin tahu itu.


Lalu khalifah Harun Ar-Rasyid menceritakan kepada Hajah Khadijah Al-Hamawi kisah pertemuannya dengan Aminah, perkahwinannya dan sebab yang membuatkan Aminah meninggalkan dirinya.





Dipetik dari kitab : Al-arabiyyah lil nashiin.
Karya asal Oleh : Ali Ahmad Bakthir, kitab : Min Fouq sab'a samawat
Percubaan alih bahasa oleh : Muhammad Abu al-Laith Nizamuddin
[1] Perkataan disebut ketika terperanjat atau terkejut atau marah

Monday, June 23, 2008

Tentang Jordan (Salah satu negeri dari Biladus Syam)


Menjejaki Islam di Bumi Jordan

Islam di Jordan
Jordan merupakan sebuah negara baru, memiliki berbagai keajaiban semulajadi yang mengkagumkan- terdiri daripada kesan-kesan peninggalan, makam-makam dan dharih oleh para Nabi dan sahabat pembawa cahaya keimanan kepada Allah swt. Kami disini mengalu-alukan kedatangan anda untuk menerokai keunikan warisan kami sebagai tanda penghormatan kami kepada pengunjung.

Geografi Jordan adalah terletak betul-betul dikawasan perantaraan antara Afrika,Asia dan Eropah. Kawasan ini, mempunyai tamadun peradaban dunia kuno yang hebat, kesan-kesannya didapati masih terpelihara walaupun telah ditinggalkan berabad lamanya.Sesuai dengan lokasi yang strategik dan iklimnya yg selesa, Jordan melakarkan berbagai sejarah dari setiap abad semenjak dari tahun 9500 s.m. Sejumlah besar daripadanya meninggalkan kesan serta bukti yang jelas dan nyata, yang membawa kepada pembukaan muzium-muzium oleh kerajaan,dan terbukti dgn kekayaan warisan ini Jordan maju dan membangun pada hari ini.

Bagi umat Islam, Jordan adalah bumi berkat kerana dengan adanya banyak kubur-kubur dan makam-makam suci.Menziarahinya amatlah digalakkan didalam ajaran Islam tidak kira lelaki atau wanita.Disini seorang muslim akan dapat mempelajari, memahami daan menghayati seterusnya dapat menambahkan keimanan mereka kepada Allah swt.

Jordan juga kaya dengan berbagai sejarah keagamaan.Terletak diantara Mekah, tempat suci bagi umat Islam diseluruh dunia, dan Baitulmaqdis, yg mana menjadi tempat keramat bagi penganut 3 agama besar; Jordan pernah berperanan sebagai pusat bagi para Ahli Kitab pada masa dulu.Kebanyakan kisah diawal-awal zaman kenabian Nabi Ibrahim yang disebutkan didalam Testament (kitab Yahudi kuno), Bible dan AlQuran AlKarim dikaitkan dengan Jordan; samaada mereka yang bermukim atau yang melaluinya ketika didalam permusafiran.

Itulah fakta secara umumnya yang bumi Jordan baru adalah terdiri daripada bahagian bumi berkat, di dalam Al Quran disebutkan:
“ Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan padanya sebagai tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha melihat dan Maha mendengar.”
Berikutan itu, pada malam perancangan untuk percubaan membunuh Nabi Muhammad saw di Mekah sebelum Hijrah, Abu Jahal telah berkata:
“ Muhammad menjanjikan padamu taman-taman umpama seperti taman-taman Jordan”. Nabi saw bersabda bahawa Amman adalah perbandingan syurga didunia,sabdanya:
“ Telagaku(di Syurga) memanjang seperti jarak diantara Aden dan Amman di Balqa”
Hari ini Balqa adalah merupakan salah satu daripada 12 kawasan dibawah pemerintahan Jordan.

Kedua-dua tempat ini pernah memainkan peranan didalam bagi kehidupan Nabi Muhammad saw.Kali pertama ketika mana waktu kelahiran baginda, di Ummu Rasas,yg terletak ditenggara Madaba, Hanif Zeid bin ‘Amr bin Nufayl daripada Mekah telah berkata bahawa dia telah mendengar satu ramalan yang akan lahirnya seorang Nabi dikalangan manusia yg membawa agama seperti mana agama Nabi Ibrahim.Dan ketika mana Nabi Muhammad saw dan bapa saudaranya Abu Talib pergi berdagang bersama kafilah diantara mekah dan Damsyik, kafilah itu telah berhenti disuatu tempat bernama ‘Busra Al Syam’.Disinilah telah berlakunya pertemuan Nabi yg pada masa itu masih kanak-kanak dengan Rahib Buhaira. Disini juga Nabi dan pembantunya Maisarah telah bertemu dengan Pendeta Nestor.Sebagai tambahan,dalam perjalanan baginda ke Syria,baginda dikatakan telah berteduh dibawah sepohon pokok, yang mana sekarang terletak berdekatan Safawi didalam daerah Mafraq.

Islam mula-mula berkembang di semenanjung Tanah Arab ialah bermula dari sebelah utara Jordan.Disini juga telah terjadinya pertembungan Islam dan bukan Islam/Empayar Byzantine.Yang mengakibatkan berlakunya beberapa peperangan besar bagi abad ke7: Peperangan Muktah,Yarmuk dan Fahal.Yang mana menyaksikan ramai daripada para Sahabat dan panglima tentera Islam syahid dan dimakamkan disini (semoga dicucuri Rahmat keatas mereka),dan makam-makam mereka pada hari ini menjadi destinasi penting bagi umat Islam.

Sejak ditubuhkan sebagai kerajaan baru pada 1921, Jordan diperintah oleh keluarga Bani Hasyim. Hashimiah atau Bani Hashim, adalah suku kaum yang terkenal diantara suku kaum Arab Quraish, yang berketurunan dari anak Nabi Ibrahim, Nabi Ismail.Bani Hashim ini adalah bernasab dari Nabi Muhammmad melalui anaknya Saidatina Fatimah Az Zahra dan suaminya Saidina Ali Abi Talib r.a.sepupu Nabi Muhammad dan khalifah keempat dalam Islam. (semoga Allah melimpahkan kesejahteraan pada mereka berdua) dan mereka adalah tergolong dari golongan Ahli Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah saw.



AMMAN
Jabal Qalaah - Teater Roman - Masjid Hussein - Masjid Raja Abdullah -
Abdul Rahman b Auf - Bilal b Rabah- Gua Ashabul Kahfi

Ibu negeri ini terletak dilokasi yang strategik untuk laluan ke negeri-negeri lain. Disini, anda akan menikmati berbagai kemudahan hotel, restoran, galeri-galeri seni dan muzium-muzium.Amman juga menyediakan berbagai kemudahan untuk membeli belah seperti barang kemas, kedai rempah ratus dan pasar, butik-butik moden yg memperagakan fesyen-fesyan terkini,cenderahati dan kraftangan yang cantik-cantik.

Amman merupakan gabungan bandar kuno dan moden, ia dikenali sebagai Rabbat Amman dikalangan penduduk tempatan.Dan dizaman pemerintahan Graeco-Roman dikenali sebagai Philadelphia.Secara faktanya, Amman adalah salah satu bandar tertua didunia yang masih diduduki oleh manusia.Pada asalnya,ia terdiri dari 7 buah bukit dan kini terdiri daripada 19 buah bukit.

Mercu tanda yg terkenal di sini ialah Jabal Qalaah dimana penemuan dan kerja-kerja penyelidikan keatasnya bermula dari zaman Bronze hingga ke pemerintahan Arab Islam. Di bukit ini, anda akan dapat menyaksikan kesan-kesan peninggalan Kubu Hercules, istana pemerintahan Umayyah yg dibina semula pada tahun 720 m. Dan Gereja Byzantine dari abad ke 6.Di kaki kota tersebut, anda akan menjumpai 6000 tempat duduk Teater Roman yg masih berada didalam keadaan baik.

Dari Teater Roman anda boleh bersiar-bersiar melalui pinggiran pusat bandar Amman sehingga tiba ke Masjid Hussein. Masjid bersenibina Turki ini telah dibina semula pada tahun 1924 oleh Raja Abdullah bin Hussein pengasas kepada Jordan moden, sebagai membaik pulih masjid asal yang dibina pada tahun 640 m oleh khalifah Umar Al Khattab ra.Anda juga tidak harus ketinggalan melawat masjid Raja Abdullah, yang dibina 1990 sebagai tanda peringatan kepada almarhum Raja Abdullah bin Hussein. Masjid ini juga digelar Masjid Biru kerana kebiruan langitnya.

Di Jubaihah, piggir Amman, anda boleh melawat makam Sahabat yang terkenal Abdul Rahman bin Auf bin Azzuhri ra.Diatas batu makam ini tertulis ‘antara 10 sahabat yg dijamin Syurga’ oleh Rasulullah. Beliau mengambil bahagian didalam semua peperangan utama dan dakwah dalam Islam, termasuklah Perang Uhud (di Madinah) Peperangan Khandaq, Penakhlukan Mekah (Futuh Mekah), Perang Hunain dan Badar dimana beliau telah mendapat kecederaan.Beliau adalah lambang keberanian umat Islam didalam perjanjian Hudaibiyah, satu perjanjian yg telah ditandatangani diantara Nabi Muhammad saw dan ketua-ketua kabilah Mekah. Dalam perjanjian tersebut, Mekah telah memberi pengiktirafan politik serta kebebasan kepada umat Islam. Dalam penakhlukan Baitul Maqdis, beliau dilantik sebagai wakil umat Islam.Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya juga sangat pemurah.Beliau pernah membebaskan 31 orang hamba abdi, dan pernah beliau menyumbangkan 700 ekor unta yang sarat dengan makanan. Dan disaat sebelum kematiannya beliau mewasiatkan sebanyak 1000 ekor kuda dan 50 ribu dinar untuk didermakan.

Sebuah bangunan moden melindungi makam sahabat utama Bilal bin Rabah ra.diperkampungan Bilal di Wadi Seer juga terletak dipinggiran Amman.Semenjak beliau masih menjadi hamba beliau telah pun memeluk Islam.Peristiwa ini menyebabkan kemarahan majikannya Umayyah b Khalaf, untuk memaksa beliau meninggalkan agamanya itu dia telah meletakkan sebiji batu besar diatas dada S.Bilal ditengah-tengah terik kepanasan Mekah.Beliau berjuang dengan penuh berani didalam perang Uhud dan Badar, didalam peperangan ini juga terbalas segala kejahatan majikannya dahulu.Beliau dianugerahkan dengan suara yang merdu dan merupakan muazzin peribadi Rasulullah.

Sebuah tarikan yang sangat popular diluar kota Amman iaitu Gua Raqim atau Gua Ashabul Kahfi.Kisahnya tercatat didalam AlQuran di dalam surah AlKahfi,ianya terletak diluar perkampungan AlRaqim ,10 km ke timurAmman.Setelah dianiaya dan ditindas oleh Raja Tarajan yang zalim kerana keimanan mereka,maka 7 orang pemuda beriman ini pun lari menyelamatkan diri bersembunyi didalam gua ini.Tuhan menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun lamanya,yang mereka sangka hanya tertidur selama 1 hari semalaman.Selepas dari zaman pemerintahan Kristian,mereka disedarkan dari tidur yang lama tetapi Tuhan telah menidurkan mereka kembali wallahualam. Disekitar gua tersebut,terdapat kesan runtuhan kerajaan Rom dan Byzantine seperti sebuah binaan masjid,sepertimana yang digambarkan didalam AlQuran.




Uyun Musa




MADABA

Terletak diselatan Amman Madaba terkenal sebagai ‘Bandar Mozek’.Merupakan tempat koleksi mozek terbesar didunia,berusia kira-kira 1400 tahun.Mozek Madaba yang paling terkenal ialah di ‘Peta Tanah Suci’,disana terdapat lebih 2 juta kepingan batu yang berwarna-warni yg membentuk gambaran Tanah Suci dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Perjalanan sekitar 10 minit akan membawa anda ke Bukit Nebo,salah satu tempat yang dianggap keramat di Jordan.Disini anda akan menikmati pemandangan indah Laut Mati, panorama gunung-ganang, serta puncak AlQuds dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Di puncak Bukit Nebo,anda akan berdiri ditempat dimana Nabi Musa berdiri melihat Sungai Jordan yang menghala ke Palestin.Bukit Nebo juga tempat istirehat terakhir Nabi setelah memimpin umatnya dari Mesir menyeberangi Padang Pasir Sinai ke bumi yang dijanjikan.Allah swt berfirman secara langsung kepada Nabi Musa, yang menunjukkan kekuasaan Tuhan ke atas kaum Nabi Musa.Kitab AlQuran telah menjelaskan dengan lengkap kisah kehidupan dan misi Nabi Musa as.Kisah Nabi Musa juga banyak disebutkan didalam AlQuran.

Didalam satu peristiwa, ketika mana Nabi Musa as memerlukan air, baginda telah mengetuk sebuah batu dengan tongkatnya dan dari situlah terbentuknya 12 punca air mata air ( Uyun Musa) yang masih wujud hingga ke hari ini.

Juga berhampiran Madaba terdapat Wadi Al Mujib diperkampungan Syaqiq.Di Syaqiq juga terdapat makam sahabat utama Abu Zar Al Ghifari.Terkenal dengan kejujuran dan kemurahan hatinya,Abu Zar juga adalah antara sahabat yang awal memeluk Islam, Beliau juga antara sahabat yang banyak menganjurkan pengagihan kekayaan.

Nabi Yahya as adalah putera kepada Nabi Zakaria as dan meneruskan usaha dakwah ayahandanya menyeru manusia kepada Tuhan.Nabi Yahya adalah seorang yang baik budi pekerti, baginda menetap dan berdakwah di di Perkampungan Bethany di Lembah Jordan. Nabi Yahya selalu mengikuti Nabi Isa as diBethany dan selalu sahaja menemani baginda dimana sahaja baginda berdakwah.Nabi Yahya dilantik sebagai Rasul sebaik sahaja baginda menerima wahyu dari Allah, firmanNya:
“Wahai Yahya! Berpegang teguhlah kamu pada kitab ini”(surah 10,ayat 12)
Herodias, yang berkahwin dengan kekanda Raja Herod,telah menghasut raja agar memancung Nabi Yahya as dikota Raja Herod diMukawir.Kepala Nabi Yahya telah dihantar ke Damsyik manakala badannya dikebumikan di Mukawir.
Anda boleh menziarahi tempat bersejarah ini diatas pergunungan diMukawir berhampiran Bethany 32 km dibarat daya Madaba.


Tugu Medan Muktah


Makam Saidina Zaid Al-Harisah



Makam Saidina Jaafar At-Toyyar





KERAK
Perang Muktah-Zaid Al Harithah-Jaafar Abi Thalib-Abdullah Rawahah-Nabi Nuh-
Nabi Sulaiman-Zaid b Ali Al Hussein

Antara peperangan yang penting dan hebat ketika Rasulullah saw masih hidup ialah peperangan Muktah (629m). Ianya mengorbankan ramai para sahabat terdekat, yang syahid didalam pertempuran menentang tentera gabungan anatara Byzantine dan Ghassanid. Anda boleh menziarahi makam para sahabat seperti Zaid bin Harithah ra,
Jaafar bin Abu Thalib ra, dan Abdullah bin Rawahah ra di Bandar AlMazar AlJanubi berhampiran Karak.

Anak angkat Nabi Muhammad, iaitu Zaid bin Harithah telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Muktah. Beliau berjuang dengan tiada tolok bandingnya, penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai syahid.Beliau adalah satu-satunya sahabat yang disebut didalam AlQuran. Didalam surah 33 ayat 37
“ Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia (habis iddah), supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin utk mangahwini isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya.Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi”.

Timbalan Panglima Tentera, Saidina Jaafar Abi Talib merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad saw, yang menggantikan Zaid memegang panji Islam, Saidina Jaafar digelar ‘Jaafar At Tayar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika mempertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Jaafar dikatakan memiliki ciri-ciri dan watak yang hampir sama dengan Rasululah saw. Beliau terkenal sebagai seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasulullah. Jaafar juga dilantik bagi memimpin kaum Muslimin untuk berhijrah ke Abyssinia / Habsyah (Ethiopia). Kaum Musyrikin menghantar perwakilan yang dipimpin oleh Amr bin AlAsh untuk membawa umat Islam kembali semula ke Mekah.Maka satu perdebatan pun telah terjadi dihadapan Raja Habshah, Jaafar dengan penuh keberanian, tidak sedikit pun gentar untuk menjelaskan mengenai Islam dan matlamatnya.Apabila Raja Habsyah meminta Jaafar menjelaskan pendapat Nabi Muhammad terhadap Nabi Isa as, Jaafar mendapati dirinya dalam kesukaran.Sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, akan membahayakan umat Islam dibawah perlindungannya.Dengan bijaknya Jaafar menjawab: Aku akan memberitahu Tuanku pendapat Nabi Muhammad mengenai Nabi Isa, di mana Allah berfirman;
‘Isa adalah utusan Tuhan yang dilahirkan oleh Mariam’.Berdasarkan jawapan tersebut, Raja Habshah membenarkan kaum muslimin tinggal diHabshah untuk mendapatkan perlindungan.

Saidina Abdullah bin Rawahah adalah pengganti ketiga dalam mengetuai tentera Islam, selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Muktah. Abdullah terkenal dikalangan para sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya.
Beliau juga seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri disamping seorang tentera yang berdedikasi. Beliau juga adalah penyair yang terkenal dizamannya dan dilantik sebagai penyair Rasulullah. Sebelum beliau syahid di medan peperangan Muktah, Abdullah telah berkata kepada tentera Islam, yang ketika itu sedang berhadapan dengan tentera musuh yang amat ramai bilangannya dari gabungan tentera Byzantine dan Ghassanid, “ Wahai tenteraku! Jika kamu tidak terbunuh, kematian akan datang juga dalam apa cara sekalipun, takdir kematian sedang menanti, apa yang kamu cita-citakan telah pun dikabulkan,jika kamu lakukan sepertimana Zaid dan Jaafar lakukan, sesungguhnya kamu akan mendapat petunjuk”

Disekitar Kerak terdapat lagi makam-makam yang bermakna dalam Islam. Anda boleh menziarahi makam Nabi Nuh as di Bandar Kerak. Tuhan mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya untuk memberi peringatan atas seksaan yang berat keatas mereka jika mereka masih terus menyembah berhala. Kenyataan ini dinyatakan dalam Al Quran (surah 71,ayat 1-3) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (Kami berfirman): ‘berilah kaummu peringatan sebelum datang kepanya azab yang pedih’.Nuh berkata: ‘Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi ingatan yg menjelaskan kepada kamu,(iaitu)sembahlah olehmu Allah,bertakwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku’.

Dianugerahkan dengan kebijaksaan dan ketaatan Raja Bani Israel, Nabi Sulaiman as yang makamnya terletak diSarfah berhampiran Karak.Nabi Sulaiman mempunyai kekuasaan yang hebat sehingga baginda dapat mengawal angin,menguasai bangsa Jin dan dapat memahami bahasa burung-burung dan segala binatang.Islam mengiktiraf Nabi Sulaiman sebagai Nabi yg sempurna sepertimana ayahandanya Raja/Nabi Daud as. Nabi Sulaiman disebutkan didalam AlQuran didalam 16 buah ayat.

Di Karak juga terdapat makam Saidina Zaid bin Ali Al Hussein ra.Beliau adalah cucunda Rasulullah yg hebat dan merupakan pemimpin umat Islam yang terkenal dengan keadilannya, kemuliannya dan berpengetahuan luas. Dalam menceritakan mengenai Zaid, Imam Jaafar Al Sadiq ada menyebut: “Dikalangan kami, Zaid adalah paling baik dalam membaca AlQuran, paling arif dalam agama,dan paling penyayang terhadap keluarga dan sahabat handai”.

Di persekitaran Karak,Istana Crusaders antara yang menarik untuk dilawati.Apabila Raja Baldwin II,yg menandatangani gencatan senjata dengan Sultan Salahudin telah mangkat, Reynald de Chatillion menggantikan tempatnya diawal 1180an.Beliau mempunyai reputasi yang tidak baik, seorang yang tidak jujur , pengkhianat dan kejam. Baginda mengingkari perjanjian, dan memerangi tentera Salahudin dengan angkatan tentera yg besar,yang membawa kepada kekalahan pada tentera Salib sendiri yg berkerjasama dengan Raja Guy dari Baitulmaqdis. Reynald telah dipenjarakan dan beliau adalah satu-satunya Raja Tentera Salib yang dijatuhkan hukuman mati oleh Sultan Salahudin.
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah lagi Istana Crusaders terletak di bandar Shobak.Istana ini digelar Mont Real kerana binaan luarnya yang sangat hebat dengan pagar yg menggerunkan dan dikelilingi 3 lapisan dinding yang tebal.Sungguhpun memiliki skruktur yang sukar ditembusi,ia akhirnya jatuh ketangan Sultan Salahudin selepas berusia 75 tahun dari pembinaannya.






Laut Mati





LAUT MATI
Nabi Lut as

Salah satu tempat bersejarah yang paling utama disini ialah Laut Mati, 400 meter dibawah paras laut dan merupakan kawasan yang paling rendah dalam dunia. Bertepatan dengan namanya, tiada satu pun hidupan yang hidup di dalam laut ini. Ini disebabkan oleh kandungan garam dan mineral yang terlalu tinggi kerana berlakunya penyejatan yang melampau. Kandungan semulajadi ini telah didiapati boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit, ia hasil dari penemuan Herod the Great 2000 tahun yang lalu.Hari ini anda boleh menikmati hasil keluaran mineral laut mati dalam pelbagai bentuk barangan kesihatan dan hotel mewah. Kepekatan kandungan garam yang tinggi dalam Laut Mati membolehkan anda dengan mudah terapung diatas air.

Berdekatan dengan Laut Mati, anda boleh melawat Gua Nabi Lut as. Nabi Lut as bersama ayah saudaranya Nabi Ibrahim as telah berhijrah dari Ur ke Iraq. Baginda menetap disebuah kawasan dibahagian selatan Laut mati. Baginda bersama anak perempuannya telah menyelamatkan diri ke dalam gua, ketikamana Tuhan membinasakan sama sekali kota Sadum, akibat daripada kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya. Tuhan telah menukarkan isterinya kepada patung garam kerana melanggar perintah Allah supaya tidak menoleh kearah kota Sadum yg sedang musnah. Apabila anda melawat gua tersebut, anda akan menyaksikan topografinya tepat sepertimana yang digambarkan dalam AlQuran.Lebih dari itu, anda boleh melawati kesan-kesan kemusnahan abad ke 6 dan kepingan mozek yang dibina disekitar Gua Nabi Lut.Kisah Nabi Lut as disebut didalam beberapa ayat didalam AlQuran.

Makam Saidina Abu Ubaidah R.A



LEMBAH JORDAN (AGHWAR)
Abu Ubaidah Al Jarrah-Muaz b Jabal-Shurahbil b Hasanah-Amir b Abi Waqas-
Dhirar AlAzwar

Kita teruskan lagi perjalanan dan ziarah ke tempat-tempat suci di Lembah Jordan, menziarahi makam-makam para sahabat Rasulullah saw dan ketua-ketua muslimin samaada yang syahid didalam peperangan atau yang menjadi mangsa wabak penyakit Taun Amwas yang menyerang pada tahun ke 18 selepas Hijrah.

Saidina Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah adalah antara sahabat terdekat dengan Rasulullah dan antara yang terawal masuk Islam. Dikalangan umat Islam yang berhjrah ke Habshah pada hijrah pertama, Abu Ubaidah terlibat dalam hampir semua peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Selain dari itu, beliau merupakan salah seorang dari sepuluh sahabat yang Rasulullah sebutkan dijamin Syurga. Sebagai panglima tentera Muslimin utara, Abu Ubaidah telah berjaya menakhluki Syria. Rasulullah menggelarnya “Pemegang Amanah Bangsa” kerana pengetahuan tinggi yang dimilikinya. Setelah kewafatan baginda Rasulullah saw, Abu Ubaidah adalah diantara sahabat yang tulus hatinya dengan khalifah. Beliau percaya Saidina Abu Bakar As Siddiq adalah yang selayaknya memimpin umat Islam, kerana Rasulullah saw pernah meminta Abu Bakar menggantikan baginda sebagai imam solat ketika hayat baginda. Abu Ubaidah juga dapat menghindarkan umat Islam dari pemberontakan dan perpecahan dikalangan umat Islam.


Pada usia 58 tahun, beliau menjadi mangsa wabak penyakit taun yang sedang merebak luas di Syria. Makam beliau terletak di Pusat Lembah Jordan yang juga berfungsi sebagai pusat Islam dsini, yang lengkap dengan kemudahan seperti masjid, perpustakaan dan pusat kebudayaan.

Seorang yang kacak, pemurah itulah watak sahabat yang mulia iaitu Muaz bin Jabal ra,beliau memeluk Islam diusia yang muda ketika berumur 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang dari sahabat yang menyusun Al Quran ketika Nabi Muhammad saw masih hidup.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “orang yang paling faham tentang halal haram ialah Muaz bin Jabal” dan antaranya lagi sabdanya: “dikalangan ilmuan,Muaz akan berada dibarisan paling hadapan di hari pengadilan kelak”. Sebelum menyertai Abu Ubaidah Amir Al Jarrah dalam penakhlukan yang membawa kejayaan pada beliau, Nabi Muhammad menghantar Muaz bin Jabal sebagai penasihat kepada penduduk Yaman.Muaz juga mengambil mengambil bahagian dalam ‘Perjanjian taat setia’(Bai’tul Aqaba) antara Nabi Muhammad saw dan pengikut-pemgikutnya dari Madinah.Muaz meninggal dunia pada usia 38 tahun di Lembah Jordan, kehidupannya selain dari itu banyak dipenuhi dengan mengajar Al Quran dan Islam. Makam beliau hari ini dibina dari sebuah bangunan moden dengan 5 buah kubah.

Saidina Syurahbil bin Hasanah ra adalah diantara umat Islam yang awal berhijrah ke Habshah.Beliau terkenal dengan keimanannya yang tinggi, kebijaksanaan, keberanian dan kejayaannya dalam pentadbiran. Syurahbil terlibat aktif dalam medan pertempuran Yarmuk dan penakhlukan Baitulmaqdis. Apabila Khalifah Abu Bakar Al Siddiq menghantar tentera Muslimin ke Syria, Syurahbil dilantik untuk mengetuai tentera tersebut menahkluki Jordan. Kemudian, Khalifah Umar Al Khattab melantik Syurahbil sebagai Gabenor Negeri Syria, kerana hubungannya yang baik dengan golongan bawahan. Beliau meninggal dunia kerana terkena wabak seperti yang terjadi ke atas Abu Ubaidah Amir Al Jarrah.

Saidina Amir bin Abi Waqqas merupakan saudara sepupu sebelah ibu dari Rasulullah saw dan juga merupakan antara orang terawal memeluk Islam. Dia tetap mempertahankan keimananya sekalipun ibunya Himnah, anak kepada Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah,bersumpah untuk berjemur dibawah terik matahari sehingga dia meninggalkan Islam. Beliau berhijrah ke Habshah dan menyertai perang Uhud. Beliau adalah orang yang dipercayai untuk menjadi utusan membawa mesej dari ketua tentera Muslimin kepada khalifah di Madinah.Beliau juga merupakan timbalan kepada Saidina Abu Ubaidah dalam kawasan pemerintahannya didaerah Syria. Anda boleh menziarahi makamnya yang terletak didalam sebuah bangunan berkubah diperkampungan Waqqas disebelah selatan Lembah Jordan.

Saidina Dhirar Al Azwar adalah seorang penyair dan juga seorang yang suka berperang. Beliau terlibat dala memerangi golongan murtad dan turut serta dalam penakhlukan Syria, bersama-sama dengan adiknya yang terkenal Khaulah bt AlAzwar. Makam Dhirar terletak dalam sebuah bangunan berkubah dibandar Dheir ‘Alla. Pada tahun ke 18 selepas hijrah beliau turut menjadi korban serangan wabak Taun Amwas.

Makam Nabi Syuaib A.S




SALT
Nabi Syuaib-Nabi Yusha-Nabi Ayub-Maisarah b Masruq A‘Absi

Perjalanan hampir setengah jam kebarat laut Amman akan membawa anda ke Salt, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri Jordan. Pada zaman Turki Usmaniah, Salt merupakan pusat pentadbiran utama kawasan-kawasan sekitarnya.Anda boleh menerokai bandar kuno ini dengan persisiran jalan yang indah dan rumah-rumah yang mempesona dengan ciri-ciri lengkungan tingkap-tingkap purba.

Disekitar Salt terdapat beberapa makam tokoh-tokoh utama dalam Islam yang namanya pernah disebut didalam AlQuran. Dalam sebuah masjid moden di Wadi Syuaib, terdapatnya makam Nabi Syuaib as, ayah mertua kepada Nabi Musa as. Nabi Shuib telah memberi perlindungan kepada Nabi Musa setelah dia membunuh seorang penduduk Mesir. Berkali-kali dia berdakwah kepada kaumnya dan meminta kaumnya supaya meninggalkan perbuatan jahat mereka terutamanya dalam mengurangkan timbangan dan sukatan dalam perniagaan.


Makam Nabi yusha’ as terletak didalam sebuah masjid sebelah barat Salt. Baginda adalah anak murid kepada Nabi Musa as. Dan seterusnya menjadi pengganti Nabi Musa. Nabi Yusha’ memimpin tentera bani Israel dalam penakhlukan ke atas Palestin.

Sebuah kawasan di barat daya Salt dikenali sebagai (Khirbet Ayub), disini terdapatnya makam Nabi Ayub as yang terletak didalam sebuah binaan kuno. Nabi Ayub disebutkan di dalam Al Quran sebanyak 4 kali. Kesabaran dan keimanannya yang tinggi memberi kekuatan kepada baginda menghadapi ujian-ujian yang berat dan hebat.Nabi Ayub mendapat pujian dari Tuhan melalui ayat (surah 21,ayat 83-84) yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya, “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang diantara yang penyayang’. Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakitnya dan kami kembalikan keluarganya padanya,dan kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai satu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

Beberapa koleksi batu batan menghiasi makam Maisarah b Masruq Al ‘Absi yang terletak dibarat Salt dalam Bandar ‘Arda.Beliau menjadi saksi Haji Wida’ Rasulullah saw,mengambil bahagian didalam peperangan Yamamah dan penakhlukan Syria. Pada tahun ke 20 selepas hijrah, beliau memimpin tentera muslimin menawan Byzantine dan menjadikan beliau tentera Islam yang pertama memasuki bumi Byzantine.










AJLUN
Nabi Khidir-Kota Ajlun-Ikrimah b Abu Jahal

Perjalanan singkat ke barat laut Jerash akan membawa anda melintasi hutan pokok Pain dan pohon Zaitun yang tumbuh sepanjang jalan menuju ke Ajlun, sebuah bandar abad pertengahan. Disini anda akan mmenemukan Istana Ajlun yang dibina pada abad ke 12 oleh Usamah bin Munqith anak saudara Sultan Salahudin. Bangunan yang bersenibina Arab dan Islam ini pernah dijadikan kubu dan benteng ketenteraan bagi melindungi kawasan tersebut dari dicerobohi oleh tentera Salib. Hari ini, istana ini masih dipelihara kecantikannya dan ia merupakan tarikan utama kepada para pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.Skruktur binaannya, menara, galeri dan anak tangga istana tersebut menjadi bahagian-bahagian penting yang mengindahkan pemandangan diatas bukit berhampiran, yang pastinya akan membuat anda terpesona.

Tidak jauh dari Ajlun, terletaknya makam Saidina Ikrimah bin Abi Jahal. Beliau adalah salah seorang musuh utama Rasulullah saw hinggalah akhirnya beliau memeluk Islam. Selepas pengislamannya,Ikrimah menebus dosa-dosanya dengan membantu usaha-usaha mengembangkan Islam.Ikrimah telah syahid dalam medan pertempuran Yarmuk. Beliau juga terlibat dalam memerangi golongan murtad dan penakhlukan Syria.

Selain dari itu, terdapat juga makam Nabi Khidir as di Ajlun.Nabi Khidir bukan seorang rasul tetapi seorang yang sangat taat. Nabi Khidir dikatakan mempunyai beberapa makam di Jordan seperti di Salt, Mahis, Karak dan Irbid. Nabi Khidir dianugerahkan dengan berbagai mukjizat untuk membantu baginda mendidik manusia membuat kebaikan dan menjadi hamba Allah yang baik. Kisah baginda yang terkenal bersama Nabi Musa as dirakamkan dalam AlQuran surah Al Kahfi (ayat 64-82).



IRBID
Nabi Daud- Abu Darda-Medan Yarmuk

Menurut sejarah Islam, pemerintah Empayar Rom( Byzantine), Hercules telah menubuhkan sebuah angkatan tentera yang besar yang diketuai oleh abangnya Theodorus untuk menetang tentera Muslimin dalam peperangan Yarmuk pada Ogos 639 sm. Peperangan tersebut berlaku ditebing sungai Yarmuk sebelah utara Jordan. Walaupun jumlah tentera Muslimin terlalu sedikit berbanding tentera tentera musuh yang begitu besar, namun dibawah pimpinan Khalid Al Walid mereka telah mendapat kemenangan yang menakjubkan. Dengan itu Islam pun dapat menguasai Syria.

Di Mazar Al Shamali, berdekatan Irbid, terdapatnya makam NabiDaud as. Semasa kecil, Nabi Daud as telah melastik Jalut dengan batu dan akhirnya menjadi Raja Bani Israel yang kedua selepas Saul. Nabi Daud adalah Rasul yang menerima kitab suci (Zabur) dari Tuhan. Nabi Daud berada di Jordan ketika terjadinya perselisihan dengan Saul didalam beberapa perkara berkenaan dengan dakwahnya.




Makam Saidina Abu Darda terletak dalam sebuah bangunan moden diperkampungan Soam Al Shunnaq berhampiran Irbid. Abu Darda merupakan salah seorang sahabat yang paling setia dan tinggi keimanannya. Beliau dikatakan selalu berada disamping Rasulullah saw. Abu Darda sangat terkenal dengan kepakarannya dalam mengingati, mentafsir dan menterjemah hadis-hadis Rasulullah saw. Beliau terlibat didalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai Gabenor Wilayah Bahrain.



DECAPOLIS
Pella-Medan Fahal-Umm Qais-Jerash-Nabi Hud

Kerajaan Rom menubuhkan Decapolis dengan gabungan 10 buah bandar dari bahagian utara Jordan, Syria dan Palestin. Bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan dan perdagangan dan juga untuk melindungi kawasan-kawasan yang jauh dari empayar mereka. 4 daripada Bandar-bandar tersebut terletak dalam wilayah Jordan iaitu Philadelphia (Amman), Jerash (bandar paling maju), Pella dan Ummu Qais.

Pella merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal, terletak di Lembah Jordan. Disini terdapatnya contoh-contoh pekerjaan awal manusia, dapat dilihat dengan jelas dari skruktur binaan dari zaman Rom,Byzantine dan Islam. Pella bertambah maju dizaman Greco-Roman. Era Byzantine menyaksikan pembangunan Pella dengan terbinanya jalan-jalan baru dan perkembangan industri-industri tempatan. Pella dikenali dikalangan bangsa Arab sebagai Fahal,kerana disitulah telah berlakunya Perang Fahal iaitu peperangan antara tentera Byzantine dan tentera Islam, yang ketika itu dipimpin oleh Khalid Al Walid dan Abu Ubaidah Amir AlJarrah pada Januari 635 m. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam, tetapi dasar liberal Jordan diambil dari Byzantine.Pella kemudiannya diletakkan dibawah sistem perundangan Islam Usmaniah.

Salah satu tempat terpenting di Decapolis ialah Umm Qais, yang dikenali dengan barangan antik Gadara. Umm Qais terkenal sebagai pusat kebudayaan dimana menjadi tempat beberapa penyair dan ahli falsafah antaranya Theodorus,yang mana ianya diibaratkan seperti Athens Baru. Dari kejauhan sebuah bukit di Umm Qais akan kelihatan beberapa kesan runtuhan 2 buah Teater Rom, panorama Sungai Jordan, Laut Galilee dan Bukit Golan. Dsini juga Nabi Isa as pernah memperlihatkan beberapa keajaiban tentang Garadean Swine .

Tidak kurang dari satu jam perjalanan ke Utara Amman, akan membawa anda ke satu tempat yang dipenuhi dengan kehijauan dan lembah sungai iaitu Greco-Roman, yang merupakan Bandar Jerash. Jerash dikenali sebagai Pompeii of the East kerana pemeliharaan alam semulajadinya yang luar biasa.Ia juga merupakan bandar terbesar diluar Itali yang berjaya mengekalkan ciri-ciri kerajaan Rom.

Tiga buah pintu gerbang yang dibina bagi menyambut ketibaan Raja Hadrian pada tahun 129 sm, akan menyambut anda apabila anda memasuki Jerash. Apabila memandang kearah dinding-dinding kota Jerash anda seolah-olah berada dizaman purba dan apabila melalui deretan tiang-tiang lama disepanjang jalan,anda solah-olah melihat gambaran sebenar tempat beribadah, pentas teater yang bergemerlapan,plaza-plaza, tempat mandian dan dataran awam.Teristimewa pada bulan Julai, kehidupan zaman kuno ini kembali dalam acara tahunan iaitu Festival Kebudayaan dan Kesenian Jerash yang menarik ramai pelawat dan pelancong.

Disebuah puncak bukit tidak jauh dari dari Jerash, anda boleh menziarahi makam Nabi Hud as. Disini terdapatnya sebuah masjid moden yang mempunyai sebuah gua, tempat Nabi Hud dikatakan telah wafat. Nabi Hud as berdakwah kepada kaum Aad supaya beriman kepada Allah swt. Surah Hud dinamakan sebagai surah yang kesebelas didalam AlQuran.



ISTANA PADANG PASIR
Qasr Kharaneh-Qasr Amra

Muawwiyah bin Abu Sufyan, khalifah pertama dalam kerajaan Usmaniah, (661-750 m) telah memindahkan pusat pemerintahan Islam daripada Madinah utara ke Damsyik. Daripada Damsyik, Empayar Islam telah berkembang dengan hebatnya. Pemerintahan Umayyah telah memajukan jajahannya dengan binaan-binaan bertaraf tinggi seperti Dome of the Rock di Baitul Maqdis dan The Great Mosque di Damsyik. Dikawasan gurun di Jordan pula, pemerintahan Umayyah telah membina beberapa astaka,perhentian-perhentian untuk kafilah dagang, tempat mandi yang terasing, rumah rehat untuk pemburu yang semuanya dikenali sebagai Desert Castle/Istana Padang Pasir. Istana ini dilengkapi dengan ruang kaki yang bermozek, dinding yang dihiasi lukisan,ukiran-ukiran yang bermotifkan manusia,haiwan, peristiwa dan corak-corak. Istana-istana ini berdiri megah sebagai sebuah monumen dizaman kegemilangan Islam.

Istana gurun ini beperanan sebagai tempat rehat / tempat mengasingkan diri bagi para pemerintah Umayyah dari kesibukan kehidupan dikota dan juga untuk menjalinkan hubungan baik dengan suku kaum yang menyediakan segala keperluan mereka. Bangunan tersebut terletak didlam kawasan yang luas dan lebar iaitu dalam kawasan pertanian yang mempunyai pengairan air. Ia juga dilengkapi dengan sistem hidro yang dengan itu menjadikannya sebagai pusat pertanian. Sebahagian daripada bangunannya digunakan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat bagi mereka yang dalam perjalanan ke Hijaz.

Istana-istana gurun seperti Kharaneh, Mushatta, Qastal, Tuba, Hallabat, Muwaqqar, Hammam Al Sarah dan Amra boleh dilawati dalam sehari perjalanan dari Amman melalui lebuhraya moden yang berturap.











PETRA
Nabi Harun as

Antara warisan yang paling berharga di Jordan Kota Nabatean, Petra. Ia merupakan warisan dibawah UNESCO. Petra menarik pelawat dan pelancong serata dunia.Untuk sampai ke Petra, anda perlu berjalan melalui jalan-jalan sempit dan jurang dipadang pasir yang digelar Siq.Selepas berjalan lebih satu kilometer, anda akan dikelilingi dengan dinding batu raksasa yang ketinggiannya melebihi 170 meter, dan ini membuatkan Petra sebuah Bandar yang unik yang masih bertahan. Ukiran Nabatean ini melindungi makam

diraja dengan batu batan pejal dipinggir gunung.Hampir keseluruhan kota Petra dihiasi dengan ukiran batu batan merah, sehingga tidak hairanlah ia digelar “Bandar Mawar Merah”.

Diatas puncak Jabal Al Harun berdekatan Petra, terletaknya makam Nabi Harun as saudara kepada Nabi Musa as .Tuhan mengilhamkan kepada Nabi Musa supaya melantik Nabi Harun sebagai menteri. Nabi Musa meninggalan Nabi Harun untuk menggantikan tempatnya ketika baginda pergi bermunajat dengan Tuhan dipergunungan Sinai, setelah dia berjanji dengan kaumnya untuk mendapatkan kitab Taurat, sebagai panduan hidup mereka. Nabi Harun wafat lebih dahulu daripada Nabi Musa dan makamnya merupakan salah satu daripada kesan-kesan peninggalan Islam.



TAFILAH
Jabir Abdullah AlAnsari-Nabi Sith-Farwah Amir AlJudami-Harith Umair Al Azdi

Salah seorang sahabat yang dikasihi, Saidina Jabir bin Abdullah AlAnsari, makamnya terletak diTafilah. Beliau mengambi bahagian dalam 19 kempen ketenteraan dan berada disisi Rasulullah saw ketika peristiwa Futuh Mekah. Atas permintaan Rasulullah, Saidina Jabir banyak meriwayatkan hadis-hadis dan beliau juga banyak menjadi saksi kisah-kisah kehidupan Rasulullah saw dan mukjizat baginda. Hari-hari terakhir Jabir dipenuhi dengan mengajarkan ilmu sekumpulan pelajar di Masjid Nabawi, Madinah.

Berdekatan Tafilah juga terdapat makam anak ketiga Nabi Adam as iaitu Nabi Sith as. Ia juga merupakan kesan peninggalan Islam. Terdapat juga makam Farwah bin Amr Judami berhampiiran air terjun Afra. Beliau merupakan gabenor Rome-Byzantine bagi wilayah Ma’an sehinggalah beliau syahid disalib oleh pemerintah Rom kerana memeluk Islam.

Nabi Muhammmad saw telah menghantar Saidina Harit Umair AlAzdi sebagai utusan kepada pemerintah Basrah diSyria untuk mengajak mereka menerima Islam. Apabila di Tafilah, Syurahbil bin Amru Al Ghasani gabenor Muktah telah menangkap dan memancung Harith. Kejadian ini telah menyebabkan terjadinya peprangan besar iaitu Perang Muktah. Dalam sebuah banguan moden 20 km ke selatan Tafilah, anda boleh menziarahi satu-satunya makam sahabat Nabi ynag syahid ketika menjalankan misinya sebagai utusan rasul.



SELATAN JORDAN
Humaima- Ka’ab b Umair AL Ghifari-Jabal Al Tahkim-Abu Musa Al Ashaari

Di bahagian selatan, berhampiran Ras Al Naqab, terletaknya Humaima yang merupakan pengkalan Kerajaan Abbasiyah. Dari situlah mereka telah merancang untuk merampas kuasa khalifah dari kerajaan Umayyah. Nabi saw menghantar Saidina Ka’ab b Umair Al Ghifari kepada puak Quda’ah diselatan Jordan untuk menyeru mereka kepada Islam. Malangnya beliau telah dibunuh dan makamnya terletak di Salmani dalam wilayah Tafilah.

Di pertengahan perjalanan antara Hijaz dan Syria, diatas sebuah bukit di Udruh antara Ma’an dan Shobak, terletaknya Jabal Al Tahkim atau bukit penghakiman. Disinilah selepas Peperanagn Siffin, Abu Musa Al Ashaari wakil khalifah Ali b Ali Thalib bertemu dengan Amru bin Al Ash wakil Muawwiyah bin Abi Sufyan sebelum berlangsungnya penghakiman.Kedua apihak telah bersetuju untuk menyelesaikan konflik mereka. Disebelah utara Bandar ma’an ialah Jabal Al Ashaari dan disitulah terletaknya makam Abu Musa Al Ashaari.



AQABA
Masjid Usman-Kota Mamluk-Kubu Sultan Salahudin

Juga terletak di bahagian selatan Jordan, disini letaknya Pelabuhan Aqaba, Laut Merah . Ia dikelilingi dengan gunung ganang yang akan kelihatan seperti berubah warnanya apabila tiba hari siang. Perairannya yang jernih, kehidupan anggota tentera laut dan iklimnya yang nyaman, menjadikan Aqaba lokasi yang ideal bagi para penyelam, snorkling dan berbagai acara sukan air. Selain dari menikmati pancaran matahari, laut dan pasir, Aqaba juga menjadi pusat beberapa lokasi menarik. Antaranya masjid Usman di Ayla,yang dibina ada zaman pemerintahan Saidina Usman bin Affan. Terdapat juga Kota Mamluk dan Istana Sultan Salahudin yang terletak disebuah pulau ditengah-tengah teluk.



WADI RUM
Di bahagian tenggara Petra terletaknya sebuah kawasan antara gurun tercantik didunia. Ia dikenali sebagi Wadi Rum. Wadi Rum ialah sebuah kawasan yang sangat luas, beralun dan bagaikan Syurga. Pendakian , pengembaraan pacuan 4 roda,tunggangan unta, belon udara panas merupakan cara-cara untuk anda menjelajahi gurun pasir yang belum tercemar ini.



Credit To: Regal Trvel LTd ( Middle East & Europe )