Wednesday, February 29, 2012

Kaedah pendidikan Abuya Syeikh Imam Ashaari Part 1

Bhg 1 16.12.03



Kaedah Pendidikan ASZ

Terima kasih Tuhan di atas nikmat besar yg diberikan pd kita. Moga-moga kita pandai menjaga rahmat dan nikmat Tuhan ini. Itulah tanda org yg bersyukur.



Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Fitrah manusia semuanya sama iaitu memerlukan kasih sayang, cuma ada yang kuat dan ada yang ringan. Tapi asalnya sama, fitrah semulajadi, diantara sesama kejadian manusia, inginkan kasih sayang. Ia lebih diperlukan dari makan minum, pakaian dan lain-lain, kasih sayang merupakan makanan jiwa.

Bagi orang yang tak kenal Tuhan, tak cinta dan takutkan Tuhan bila tak dapat kasih sayang jadi kecewa dan putus asa kecuali org yg cinta dan takutkan Tuhan. Kalau seseorang yang cinta dan takutkan Tuhan itu tidak mendapat kasih sayang dari orang dia tidak peduli dan risau, tapi manusia yang tak kuat dengan Tuhan kalau tak dapat kasih sayang boleh jadi gila.

Kasih sayang perlu dan penting untuk kebanyakan orang. Sebab itu kita pemimpin pun mengharapkan kasih sayang cuma kerana kita sendiri tak pandai beri kasih sayang, kita nak dari orang tapi kita tak pandai berinya, di mana silapnya kita pun tak tahu​.

Macam mana nak kenal Tuhan, dia nak kasih sayang dari orang tapi dia tak pandai memberinya. Tapi kerana kasih sayang diperlukan sebab tu para pendidik, guru, pemimpin terutama ibu dan ayah kena cuba memberi kasih sayang kepada orang-orangnya.

Ibu dan ayah kepada anak-anaknya, guru kepada murid-muridnya, pemimpin kepada rakyatnya, walaupun begitu bukan semua golongan ini, walaupun dia ada cita-cita nak beri kasih sayang pada orang-orangnya, tak semua orang pandai memberinya, kadang-kadang bila tak pandai cara beri kasih sayang, orang-orang yang jadi sasaran itu dah rosak macammlah kita beri makan pada anak-anak kita, tak ikut waktu, tak ada disiplin, tak kira ada zat ke, nak bagi, bagi, nampak mcm baik tapi hasilnya dapat penyakit-penyakit kronik, untung sekarung rugi segunung.

Niat baik tapi hasilnya tak baik. Begitulah niat org nak bagi kasih sayang bukan berhasil dengan kasih sayang dan manfaat. memberi kasih sayang ada hubungan dengan pendidikan.

​Ramai ibu bapa, pemimpin, guru-guru, pendidik dalam usaha nak bagi kasih sayang tak jadi hingga rosaklah anak. ibu bapa, pemimpin dan pendidik nak beri kasih sayang pada orang-orangnya tak lepas daripada faktor aqal, nafsu dan roh. bila mana seseorang cuba nak bagi kasih sayang pada orang-orangnya hanya bersifat aqal, nafsu dan perasaan, tak bertunjang dgn roh, iman, tauhid, akan rosak. Yang menerima tu rosak.

​Kalau iman tak berperanan, syariat tak menjadi teras penyuluhnya, bila guru, ibubapa dan pemimpn nak bagi kasih sayang, rosak nya lebih banyak dari baik, inilah yg berlaku didunia hari ni. Keadaan di dunia yang rosak ialah kerana salah cara pendidikan oleh golongan-golongan tadi pada sasarannya walaupun ada hubungan dengan kasih sayang.

​Sebelum nak pergi kepada hal tadi tu saya nak terangkan macam mana orang-orang ni bagi kasih sayang kepada anak, murid, rakyat secara aqal, roh dan nafsu.

1.​ Secara aqal oleh orang intelek, ada kelulusan, kerana dia besarkan aqalnya, apa yg dia nak buat dirujuk pada aqal, apa kata aqal itulah yang diluluskannya, apa kata aqal itulah yang dijadikan tindakan. Sebagai contoh ada ahli aqal berfikir, orang yang saya nak didik ni, kalau saya tak bagi kereta, payah nak didik, dia takkan sayang dengan saya. Jadi utk didik dia, saya akan belikan dia kereta dan lain-lain.

Ini merosakkan , lagipun mana mampu nak layan semua manusia begitu. Kalau diifikir secara logik begitulah, ataupun bila kata nak kena bagi makan semua orang baru dia terima, itu pun boleh rosak.

2.​ Ada orang mendidik orang, dia guna perasaan. Dia merujuk pada pengalaman dia. Dia dah alami dalam hidup dia dengan mak ayah dia dulu, kalau tak diberikan pakaian, walaupun masih ada pakaian yang elok, sakitnya hati. Marah dengan mak ayah dia. Bila dia jadi mak ayah, dia buat macam itulah pada anaknya.

Walaupun masih banyak pakaian tapi dia minta lagi. Kalau tak bagi nanti anak sedih mcm aku sedih dulu. Dia tafsirkan kalau tak bagi nanti anak ingat mak ayah tak sayang dia. Anak banyak tentu ada yang anggap mcm tu. Itu perasaan dia dan itulah yang dia nak applykan pada orang lain. Dia nak didik orang merujuk pada perasaan dia , seolah-olah anak dia, murid dia dan rakyatnya baik.

Orang ini berpendapat kalau dia pemimpin nak bagi kasih sayang kepada rakyat kena bagi keperluan dan lain-lain. Kalau dia pemimpin negara dia kata rakyat aku kena bagi apa yang dia minta supaya rakyat tak lakukan jenayah, ramai pmimpin politik rasa begitu, akhirnya jangka masa panjang memakan diri. Ada orang dalam pendidikan, dia rujuk pada perasaan dan pengalaman dia.



3.​ Orang yang mendidik merujuk pada nafsu, tak lagi rujuk pada aqalnya, dia ambil panduan dari nafsu. Ini lagi bahaya, kerana nak ambil hati anak, murid, rakyat, atas dasar nafsu dia appplykan. Kononnya nak didik .

Contohnya, ibu ayah kasih sayang tak ada batas lagi, dia bagi apa saja yang dia rasa, lebih-lebih lagi bila seseorang itu daripada ayah pada anak perempuannya, dia ikut bisikan nafsu dalam hal pergaulan, gurauan. Pergaulan yang tak ada batas dengan anak perempuan. Atas alasan tu dia senang-senag masuk bilik anak perempuan tanpa peraturan. Mak pun macam tu pada anak-anak lelaki tak kira waktu. Kononlah itu cara nak senang didik anak, supaya anak senang taat.

Cara begini kalau diteruskan boleh jadi haruan makan anak. Akibat didik tu ikut sahaja kehendak anak-anak. Jadi kerana dia begitu, begitulah cara hidup antara anak lelaki dan perempuan, akibatnya terjadilah sumbanag muhram. ketiga-tiga golongan ini tak masukan Tuhan dalam pendidikan.

Syariat tak jadi disiplin mereka, akhirnya kaedah inilah yang telah merosakkan, walaupun ada baiknya tapi lebih merosakkan. Pendidikan beginilah yang telah berjalan 700 tahun dulu pada umat Islam, bila senjata dah makan tuan, cacing dah naik ke mata, maka mak ayah memekik apa dah jadi pada anak-anak aku, guru-guru pekik murid dah tak taat, kenapa murid jadi penjenayah, pemimpin-pemimpin pun ikut menjerit setiap hari apa dah jadi pada rakyat, bagi macam-macam projek masih tak taat, apa dah jadi.

Semua golongan sedang pekik dan jerit hasil pebuatan mereka sendiri, mereka tak jumpa jln keluar. Ini berlaku di seluruh dunia. Samada negara islam atau kafir sama sahaja. Sebenarnya untuk didik anak, rakyat, murid-murid, kasih sayang tak boleh dilepaskan kerana ia adalah unsur keperluan tapi bukan atas dasar aqal, nafsu dan perasaan. Pendapat aqal kena ditapis oleh syariat.

Kasih sayang atas dasar nafsu kena ditapis oleh syariat, kasih sayang atas dasar perasaan pun kena ditapis oleh syariat. Lepas ditapis, disahkan oleh syariat, itulah kaedah yang boleh dipakai. Itulah dia cara pendekatan pendidikan pada anak, murid dan rakyat, tapi itupun tak cukup bila mana syariat tak ditunjang oleh iman, tak boleh.

Kalau syariat tepat tapi Tuhan tak wujud di situ, syariat mana dilaksanakan. ataupun kalau mendidik berasaskan ideology atau isme, mana boleh isme baiki manusia walaupun dia sama dengan syariat. Tapi bila Tuhan tak dibawa bersama, tidak ada konsep untuk membesarkan Tuhan dan agungkan Tuhan.

Kalau begitu, nak didik mereka samada oleh ibu bapa pada anak, guru pada murid, pemimpin pada rakyatnya kena rujuk pada iman dan syariat Tuhan.

Rujuk pada Tuhan dan peraturan-peraturan-Nya walaupun cara itu diperingkat awal tak terasa kasih sayang dalam masa terdekat, jangka masa panjang nanti baru terasa dan dia akan faham dan baru boleh terima. Peringkat awal rasa tersiksa, bila dia agak cerdik sedikit, hasil didikan itu dia dapat faedah dan untung.

​Barulah anak itu akan kata; rupanya bijak mak ayah, guru, pemimpin aku didik aku begini. Cara pendidikan dengann iman dan syariat, jangka pendek tak terasa lagi, tapi kesannya jangka masa panjang. Pemimpin, guru, ibu ayah yang baik, walaupun peringkat awal tak terasa, jangka masa panjang baru terasa kemuncak kasih sayang dari guru, ibu bapa, pemimpin, adalah utk menyelamatkan dari api neraka.

Nak selamatkan orang hingga dapat masuk syurga yang nikmatnya kekal abadi. Mendidik dengan nikmat dunia yang sementara waktu yang tak berkesan ini tak sampai kemana, kasih sayang akan merosakkan, merugikan. Jangka masa panjang menyesal tak sudah, yang sangat memberi kasih sayang yang tak dapat dirasai peringkat awalnya.

Kalau mak ayah mendidik bawa kasih sayang agar mereka jadi baik, kemudian didik dengan mengatakan nikmat inilah segala-galanya, makan minum segala-galanya, walaupun niatnya baik, orang yang di didik cepat terasa. Tapi inilah para pendidik yang menjadi pengkhianat pada bangsanya. Untung sekarung rugi segunung, orang yang mendapat hasilnya tak terasa begitu sebab makan cepat hasilnya. Baik mak ayah atau guru.

Tapi bagi orang yang faham, mak ayah yang buat anak macam tu, orang-orang itu Tuhan anggap pengkhianat pada amanah-Nya.

​Mana ada pedidikan macam ni, pendidikan yang Abuya lagangkan ni yang nak fikirkan masa depan akhirat. Orang lain tak fikir macam tu. Sebab itu ada dikalangan anak-anak saya rasa Abuya tak sayang. Sebab diukur kasih sayang dengan 3 cara tu. Nak minta apa bagi, nak suruh puji-puji, jangan marah, Kalau salah di diamkan.

Sayangya Abuya pada dia, itu yang dia rasa. Sebab tu ada anak-saya saya fikir begitu, ada yang suspense. Ada yang fikir Abuya sayang ke dengaqn aku, dia tak reti nak putuskan. Dia dah confirm Abuya tak sayang, ada yang jadi tanda tanya dia Abuya sayang ke tidak.

Sebab itu sesetengah anak saya, dia bagi kasih sayang pada orang lain lebih dari saya sebab orang lain tu layan dia dengan kasih sayang yang dia sangka kasih sayang sebenar, lebih-lebih lagi yang berpenyakit yang ditatang-tatang oleh pengikut-pengikut saya, kadang-kadan niat baik pengikut saya nak bagi kasih sayang pada anak saya tapi dah merosakkan. Niat baik tapi hasilnya tak baik. Pengikut saya tu tak selamatkan saya, rupanya dia bagi kasih sayang tak sama dengan saya.

Akhirnya anak saya jadi mangsa. Sebab itu kena faham macam mana pemimpin nak applykan ilmu ni. Patutnya macam tulah appplykan ilmunya. Ada juga golongan yang dia tahu Abuya sayang dia. Ada dikalangan anak-anak tu dia tahu Abuya sayang dia setelah dia dah besar dah jadi pemimpin, macam Syeikh Fakrur. Apa yang berlaku pada dia sekarang, dia tahu patutlah Abuya didik saya macam tu dulu.


​Waktu didik team Syeikh Fakhrur tak sama macam didik team Dehya yang datang kemudian, waktu ini ilmu saya dah bertambah. Datang pula team Atiyah ni satu lagi group. Ilmu saya dah jadi banyak, walaupun asasnya sama tapi ada sikit-sikit kelainan perubahan, maklumlah ilmu sentiasa bertambah runcit-runcit.

Anak-anak yang dah besar akan perasan. Baru hari ni saya cuba nak kuliahkan kaedah saya sebagai ilmu, selama ni saya buat secara umum, kaedah detail yang saya pakai adalah intipati daripada kuliah yang saya jadikan kedah mendidik, yang kaedah inilah bagi anak-anak yang masih kecil ada yang rasa Abuya tak sayang, atau rasa Abuya sayang ke tidak.




​Kaedah pendidikan Abuya ini terbahagi kepada 3 kategori.

1. Baru lahir hingga 7 tahun: beri kasih sayang , Abuya tunjuk, cium, gurau-gurau. Kalau ada abang-abang, kakak-kakak yang dah besar dia rasa Abuya tak sayang aku, dia sayang adik-adik sahaja, bahayalah kalau rasa mcm tu.



2. Sekolah rendah hingga belum berkahwin: saya dah tak tunjuk kasih sayang. Benci pun tak tunjuk, tapi kalau salah lainlah, saya akan hukum dan marah bagi tujuan pendidikan. Selain waktu tu sayang tak tunjuk benci tak tunjuk.



3. Golongan anak-anam yang dah dewasa dan berumah tangga: ditunjukkan kasih sayang bukan mcm golongan pertama dan kedua. Saya jadikan kawan, ajak berbincang, tanya berita dan lain-lain. Begitulah cara saya bagi kasih sayang pada mereka. Syeikh Fakhrur, Syeikh Nizam saya ajak bincang, tak adalah nak cium-cium, lambung-lambung lagi. Kalau ada hal-hal hukum saya tanya Syeikh Nizam sebab dia kuat baca.

Apa yang saya buat ni yang telah dan sedang berlaku, saya dapatkan bukan hasil mengaji dan baca, tapi hasil difahamkan. Buktinya boleh dilihat dalam peribadi yang dah terhasil nampaknya lebih baik dari yang orang lain buat, namun masih ada yang belum lulus tapi mungkin mereka tak faham, salah tafsir.

Dia ingat Abuya tak sayang dia, dia pun tak sayang Abuya. Perjuangan ini nak rosak pun tak apalah sebab ayah pun dah tak sayang aku. Saya doakan moga mereka faham dan jadi baik. Supaya anak-anak faham, jangan cepat menghukum, kata Abuya tak sayang aku. Saya orang berjuang ada cita-cita nak didik anak. Saya ada cara sendiri nak didik anak, yang besar-besar kena fahamkan adik-adik.





Ulasan Bonda Ummu Jah:
Cara pendidikan Abuya.

Abuya didik orang dengan cara pendidikan berteraskan Tuhan dan syariat Tuhan. Abuya tak didik dengan perasaan ( seperti kebanyakan mak-mak), aqal ( seperti ayah-ayah yang cikgu ke atas), nafsu (org kampung yang tak pandai aqal dan perasaan) . Abuya sayangg anaknya cara lain supaya kamu dapat Tuhan dan syariat Tuhan.



Contoh: nak tanam pokok kena bubuh baja tahi ayam, kalau bagi gula matilah pokok. pokok yang cerdik dia tahu itu baja yang terbaik. A didik ikut kaedah Tuhan dan kaedah sunnah Rasulullah.
Abuya lah yang paling sayangkan umatnya dan paling susahkan nasib dan keselamatan kamu. Hikmah kasih sayang Abuya supaya tahu bersyukur bila disayangi, dan sabar bila tak disayangi.#



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, February 25, 2012

بسم الله و الحمدله

Terima kasih buat junjungan besar Rasulullah SAW, Saidi Syeikh As-suhaimi dan Abuya syeikh Imam Ashaari at-tamimi, di atas jasa tuan-tuan kami disuluhi hati dan akal dengan iman dan ilmu untuk merebut keredhoan Allah dan melayakkan diri menjadi penagih janji Allah di akhir zaman. Untuk memulakan penulisan pada kali ini, saya akan kongsikan ilmu-ilmu didalam bentuk kuliah, syarahan, sajak, dialog, mahupun perbualan-perbualan yang tidak rasmi Abuya bersama tetamu, kawan-kawan, mahupun keluarga dan anak buah. Juga di alu-alukan mereka yang mempunyai pengalaman bersama Abuya untuk berkongsikannya disini. Mudah-mudahan, usaha ini sama-sama memberi manfaat kepada semua dalam mengenali siapa Abuya. الحقير و الفقير

Friday, February 24, 2012

Ucapan dasar Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-tamimi tentang pendidikan.

Pembinaan peribadi agung menuju empayar pendidikan.

Allah mengutuskan manusia untuk mendapat kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu manusia memerlukan berbagai keperluan untuk kesempurnaan kehidupan mereka. Diantaranya ialah:
1- Perlu kepada Tuhan
2- Perlu kepada Pemimpin
3- Perlu kepada ajaran / agama
4- Perlu kepada masyarakat
5- Perlu kepada jemaah
6- Perlu kepada kebudayaan, ekonomi, pentadbiran,
adat resam, undang2, perlembagaan, perhubungan
sesama manusia dalam atau luar.
7- Perlu kepada alat perhubungan
8- Perlu kepada pendidikan.

Diantara keperluan tersebut yang paling penting ialah pelajaran & pendidikan kerana:

i) Ia merupakan nadi atau pada dalam diri adalah roh
ii) Ia akan menentukan identiti sesuatu bangsa
iii) Ia menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa
v) Ia menentukan berani atau takutnya sesuatu bangsa
v) Ia menentukan bersatu atau berpecahnya sesuatu bangsa.
vi) Ia menentukan bangsa itu berjiwa besar atau kecil
vii) Ia menentukan bangsa itu bercita2 atau tidak
viii) Ia menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara.

KEMBALI!!!!

Alhamdulillah, setelah sekian lama terlupa password dan address blog ni, akhirnya ingatan telah dikembalikan oleh Allah semula. Mudah2an boleh digunakan untuk berkongsi sesuatu dalam kita meraih keredhoan Allah bersama-sama.

Thursday, February 26, 2009

Mari menghayati kelahiran nabi kita 3


Kelahiran Rasulullah Saw

 

Bilamana sampai saat Abdullah nak dikahwinkan, Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab. Siti Aminah juga dari keturunan Bani Abdul Manaf. Bertemulah keturunan ayah dan ibu Rasulullah pada anak-anak Qusai bin Kilab. Kesemua mereka dari keturunan Nabi Ismail As. Demikianlah, dari sudut nasab pun Rasulullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan. Keluarga Siti Aminah ini tinggal di Yathrib iaitu Madinah. Abdul Mutalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan disana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah, ketika itu Siti Aminah sudah mengandung, Dalam perjalanan ke Mekah ayahanda Rasulullah kembali kerahmatullah lalu Rasulullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim.Sebelum Siti Aminah melahirkan Rasulullah, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, aku berlindung  kepada Allah Tuhan yang Esa dengan anak ini dari semua orang yang dengki.

 Kelahiran agung ini pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah, mengikut ulamak sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara-perkara yang pelik berlaku ketika kelahiran Rasululah Saw. Inilah berita berita gembira بشرى dan tanda tanda kebesaran  Rasulullah berlaku ketika Rasulullah dilahirkan.Saidina Hasan bin Tsabit penyair Rasulullah Saw menceritakan tentang salah satu darinya, katanya : waktu kelahiran Rasulullah Saw itu dia di Madinah umurnya dah tujuh tahun. Kata Saidina Hasan, pada hari itu aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi  Madinah. Ketika itu seorang ulamak Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, bintang Ahmad telah muncul di langit, bintang ini hanya muncul bila  Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu. Satu pengakuan dari Yahudi. Siti Aminah bonda Rasulullah, ketika mengandungkan Rasulullah tidak merasa penat dan sakit pun. Diantara yang diceritakan dalam sejarah lagi. Rasulullah ketika dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.Bila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah.Adapun tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulamak Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat empat orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.Di antara perkara yang pelik lagi, ketika kelahiran Rasulullah Saw,  bergegar Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu. Dengan gegaran itu runtuh 14 anjung istana itu dan terpadam api yang telah disembah oleh Majusi beribu tahun dan tak pernah padam. Api itu terpadam pada hari kelahiran Rasulullah Saw. Kerana gegaran itu juga tertimbus satu tasik yang bernamas Tasik Sawah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu. Kisra, raja Farsi bila melihat kejadian kejadian pelik ini menjadi sangat takut. Lalu dia panggil ahli ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang boleh berhubung dengan jin. Jin-jin pula, sebelum kelahiran Rasulullah Saw boleh naik kelangit dan mendengar berita dilangit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka. Firman Allah :

 

وأنا كنا نقعد منها مقاعد للسمع فمن يستمع الآن يجد له شهابا رصدا

Terjemahannya :

Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barangsiapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.

 

Jadi ada di antara pendeta ini yang menyebutkan pada Kisra, bahawa peristiwa ini disebabkan  oleh kelahiran seorang Nabi. Kisra tanya apa maksud 14 anjung istana Kisra runtuh, kata mereka ; kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang Kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh. Kata Kisra : 14 orang Kisra lagi, ini satu tempoh yang panjang, lambat lagi, tak perlu risau sangat. Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa, dalam masa empat tahun saja 10 orang Kisra telah memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar ketika itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah diantara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Rasulullah Saw.

Mari menghayati kelahiran Nabi kita 2



Peristiwa sebelum kelahiran Rasulullah SAW 

Abdul Mutalib bernazar untuk menyembelih anaknya.

Abdul Mutalib ini, Allah rezekikan dengan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya Saidina Abbas dan Saidina Hamzah yang masuk Islam dikalangan anak anak Abdul Mutalib, kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab, nama sebenarnya Abdul U'zza. Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.Abdul Mutalib ini ketika menggali Zamzam, ketika Quraish  menghalangnya, ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu  Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang tidak seperti orang lain yang banyak anak-anak lelaki. Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya, wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu. Selepas Quraish mengakui Zamzam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Bila Abdullah dah dewasa, Abdullah inilah anak yang paling disayangainya. Abdul Mutalib bila tawaf di kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pergi jumpa -Kahin - pendeta Kaabah meminta Kahin membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah, yang lain siapa pun tak apa. Tapi undi kena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Bila Quraish nampak hal itu, Quraish menahannya. Abdul Mutallib berkeras juga, kecohlah disitu. Dalam kekecohan itu, tolak menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish terluka kepala Abdullah. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al Asyajj iaitu yang berparut dikepala. Quraish terus memujuk Abdul Mutalib : Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah, jadi teradisi kepada Arab, siapa yang dapat sepuluh orang nak lelaki kena sembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah. Tapi Abdul Mutalib dah nazar dan dia mesti tunaikan nazarnya. Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini tanya berapa diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraish. Kata mereka 10 ekor unta betina. Kata pendeta kalau begitu buat undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta. Bila buta undian kena pada Abdullah, tambah sepuluh ekor unta lagi, undi lagi, kena lagi pada Abdullah, tambah unta lagi, begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta. Ketika itu Abdul Mutalib minta diulang lagi undian untuk memastikan bahawa memang undian kena pada unta, tiga kali diulang undian kena pada unta. Maka Abdul Muatlib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangan Abdullah ayahannda Rasulullah Saw. Sebab itulah Rasulullah ada menyebut :

 

أنا ابن الذبيحين

Aku ini anak kepada dua orang yang nak disembelih

 

Yang  pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua duanya dari disembelih.

 

Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulllah dari bangsa Arab bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam dan Allah pilih Rasulullah dari bangsa ini dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasululah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.

 

أنه صلى الله عليه وسلم قام على الممبر فقال من أنا, فقالوا أنت رسول الله عليك السلام فقال أنا أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب . إن الله خلق الخق ثم جعلهم فرقتين فجعلني من خيرهم فرقة ثم جعلهم قبائل فجعلني في خيرهم قبيلة ثم جعلهم بيوتا فجعلني في خيرهم بيتا وخيرهم نفسا

 

Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya siapakah aku, kata para sahbat, kamu Rasulullah keatas kamu sesejahteraan. Kata Rasulullah Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muatalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik.