Bhg 1 16.12.03
Kaedah Pendidikan ASZ
Terima kasih Tuhan di atas nikmat besar yg diberikan pd kita. Moga-moga kita pandai menjaga rahmat dan nikmat Tuhan ini. Itulah tanda org yg bersyukur.
Anak-anak yang dikasihi sekalian,
Fitrah manusia semuanya sama iaitu memerlukan kasih sayang, cuma ada yang kuat dan ada yang ringan. Tapi asalnya sama, fitrah semulajadi, diantara sesama kejadian manusia, inginkan kasih sayang. Ia lebih diperlukan dari makan minum, pakaian dan lain-lain, kasih sayang merupakan makanan jiwa.
Bagi orang yang tak kenal Tuhan, tak cinta dan takutkan Tuhan bila tak dapat kasih sayang jadi kecewa dan putus asa kecuali org yg cinta dan takutkan Tuhan. Kalau seseorang yang cinta dan takutkan Tuhan itu tidak mendapat kasih sayang dari orang dia tidak peduli dan risau, tapi manusia yang tak kuat dengan Tuhan kalau tak dapat kasih sayang boleh jadi gila.
Kasih sayang perlu dan penting untuk kebanyakan orang. Sebab itu kita pemimpin pun mengharapkan kasih sayang cuma kerana kita sendiri tak pandai beri kasih sayang, kita nak dari orang tapi kita tak pandai berinya, di mana silapnya kita pun tak tahu.
Macam mana nak kenal Tuhan, dia nak kasih sayang dari orang tapi dia tak pandai memberinya. Tapi kerana kasih sayang diperlukan sebab tu para pendidik, guru, pemimpin terutama ibu dan ayah kena cuba memberi kasih sayang kepada orang-orangnya.
Ibu dan ayah kepada anak-anaknya, guru kepada murid-muridnya, pemimpin kepada rakyatnya, walaupun begitu bukan semua golongan ini, walaupun dia ada cita-cita nak beri kasih sayang pada orang-orangnya, tak semua orang pandai memberinya, kadang-kadang bila tak pandai cara beri kasih sayang, orang-orang yang jadi sasaran itu dah rosak macammlah kita beri makan pada anak-anak kita, tak ikut waktu, tak ada disiplin, tak kira ada zat ke, nak bagi, bagi, nampak mcm baik tapi hasilnya dapat penyakit-penyakit kronik, untung sekarung rugi segunung.
Niat baik tapi hasilnya tak baik. Begitulah niat org nak bagi kasih sayang bukan berhasil dengan kasih sayang dan manfaat. memberi kasih sayang ada hubungan dengan pendidikan.
Ramai ibu bapa, pemimpin, guru-guru, pendidik dalam usaha nak bagi kasih sayang tak jadi hingga rosaklah anak. ibu bapa, pemimpin dan pendidik nak beri kasih sayang pada orang-orangnya tak lepas daripada faktor aqal, nafsu dan roh. bila mana seseorang cuba nak bagi kasih sayang pada orang-orangnya hanya bersifat aqal, nafsu dan perasaan, tak bertunjang dgn roh, iman, tauhid, akan rosak. Yang menerima tu rosak.
Kalau iman tak berperanan, syariat tak menjadi teras penyuluhnya, bila guru, ibubapa dan pemimpn nak bagi kasih sayang, rosak nya lebih banyak dari baik, inilah yg berlaku didunia hari ni. Keadaan di dunia yang rosak ialah kerana salah cara pendidikan oleh golongan-golongan tadi pada sasarannya walaupun ada hubungan dengan kasih sayang.
Sebelum nak pergi kepada hal tadi tu saya nak terangkan macam mana orang-orang ni bagi kasih sayang kepada anak, murid, rakyat secara aqal, roh dan nafsu.
1. Secara aqal oleh orang intelek, ada kelulusan, kerana dia besarkan aqalnya, apa yg dia nak buat dirujuk pada aqal, apa kata aqal itulah yang diluluskannya, apa kata aqal itulah yang dijadikan tindakan. Sebagai contoh ada ahli aqal berfikir, orang yang saya nak didik ni, kalau saya tak bagi kereta, payah nak didik, dia takkan sayang dengan saya. Jadi utk didik dia, saya akan belikan dia kereta dan lain-lain.
Ini merosakkan , lagipun mana mampu nak layan semua manusia begitu. Kalau diifikir secara logik begitulah, ataupun bila kata nak kena bagi makan semua orang baru dia terima, itu pun boleh rosak.
2. Ada orang mendidik orang, dia guna perasaan. Dia merujuk pada pengalaman dia. Dia dah alami dalam hidup dia dengan mak ayah dia dulu, kalau tak diberikan pakaian, walaupun masih ada pakaian yang elok, sakitnya hati. Marah dengan mak ayah dia. Bila dia jadi mak ayah, dia buat macam itulah pada anaknya.
Walaupun masih banyak pakaian tapi dia minta lagi. Kalau tak bagi nanti anak sedih mcm aku sedih dulu. Dia tafsirkan kalau tak bagi nanti anak ingat mak ayah tak sayang dia. Anak banyak tentu ada yang anggap mcm tu. Itu perasaan dia dan itulah yang dia nak applykan pada orang lain. Dia nak didik orang merujuk pada perasaan dia , seolah-olah anak dia, murid dia dan rakyatnya baik.
Orang ini berpendapat kalau dia pemimpin nak bagi kasih sayang kepada rakyat kena bagi keperluan dan lain-lain. Kalau dia pemimpin negara dia kata rakyat aku kena bagi apa yang dia minta supaya rakyat tak lakukan jenayah, ramai pmimpin politik rasa begitu, akhirnya jangka masa panjang memakan diri. Ada orang dalam pendidikan, dia rujuk pada perasaan dan pengalaman dia.
3. Orang yang mendidik merujuk pada nafsu, tak lagi rujuk pada aqalnya, dia ambil panduan dari nafsu. Ini lagi bahaya, kerana nak ambil hati anak, murid, rakyat, atas dasar nafsu dia appplykan. Kononnya nak didik .
Contohnya, ibu ayah kasih sayang tak ada batas lagi, dia bagi apa saja yang dia rasa, lebih-lebih lagi bila seseorang itu daripada ayah pada anak perempuannya, dia ikut bisikan nafsu dalam hal pergaulan, gurauan. Pergaulan yang tak ada batas dengan anak perempuan. Atas alasan tu dia senang-senag masuk bilik anak perempuan tanpa peraturan. Mak pun macam tu pada anak-anak lelaki tak kira waktu. Kononlah itu cara nak senang didik anak, supaya anak senang taat.
Cara begini kalau diteruskan boleh jadi haruan makan anak. Akibat didik tu ikut sahaja kehendak anak-anak. Jadi kerana dia begitu, begitulah cara hidup antara anak lelaki dan perempuan, akibatnya terjadilah sumbanag muhram. ketiga-tiga golongan ini tak masukan Tuhan dalam pendidikan.
Syariat tak jadi disiplin mereka, akhirnya kaedah inilah yang telah merosakkan, walaupun ada baiknya tapi lebih merosakkan. Pendidikan beginilah yang telah berjalan 700 tahun dulu pada umat Islam, bila senjata dah makan tuan, cacing dah naik ke mata, maka mak ayah memekik apa dah jadi pada anak-anak aku, guru-guru pekik murid dah tak taat, kenapa murid jadi penjenayah, pemimpin-pemimpin pun ikut menjerit setiap hari apa dah jadi pada rakyat, bagi macam-macam projek masih tak taat, apa dah jadi.
Semua golongan sedang pekik dan jerit hasil pebuatan mereka sendiri, mereka tak jumpa jln keluar. Ini berlaku di seluruh dunia. Samada negara islam atau kafir sama sahaja. Sebenarnya untuk didik anak, rakyat, murid-murid, kasih sayang tak boleh dilepaskan kerana ia adalah unsur keperluan tapi bukan atas dasar aqal, nafsu dan perasaan. Pendapat aqal kena ditapis oleh syariat.
Kasih sayang atas dasar nafsu kena ditapis oleh syariat, kasih sayang atas dasar perasaan pun kena ditapis oleh syariat. Lepas ditapis, disahkan oleh syariat, itulah kaedah yang boleh dipakai. Itulah dia cara pendekatan pendidikan pada anak, murid dan rakyat, tapi itupun tak cukup bila mana syariat tak ditunjang oleh iman, tak boleh.
Kalau syariat tepat tapi Tuhan tak wujud di situ, syariat mana dilaksanakan. ataupun kalau mendidik berasaskan ideology atau isme, mana boleh isme baiki manusia walaupun dia sama dengan syariat. Tapi bila Tuhan tak dibawa bersama, tidak ada konsep untuk membesarkan Tuhan dan agungkan Tuhan.
Kalau begitu, nak didik mereka samada oleh ibu bapa pada anak, guru pada murid, pemimpin pada rakyatnya kena rujuk pada iman dan syariat Tuhan.
Rujuk pada Tuhan dan peraturan-peraturan-Nya walaupun cara itu diperingkat awal tak terasa kasih sayang dalam masa terdekat, jangka masa panjang nanti baru terasa dan dia akan faham dan baru boleh terima. Peringkat awal rasa tersiksa, bila dia agak cerdik sedikit, hasil didikan itu dia dapat faedah dan untung.
Barulah anak itu akan kata; rupanya bijak mak ayah, guru, pemimpin aku didik aku begini. Cara pendidikan dengann iman dan syariat, jangka pendek tak terasa lagi, tapi kesannya jangka masa panjang. Pemimpin, guru, ibu ayah yang baik, walaupun peringkat awal tak terasa, jangka masa panjang baru terasa kemuncak kasih sayang dari guru, ibu bapa, pemimpin, adalah utk menyelamatkan dari api neraka.
Nak selamatkan orang hingga dapat masuk syurga yang nikmatnya kekal abadi. Mendidik dengan nikmat dunia yang sementara waktu yang tak berkesan ini tak sampai kemana, kasih sayang akan merosakkan, merugikan. Jangka masa panjang menyesal tak sudah, yang sangat memberi kasih sayang yang tak dapat dirasai peringkat awalnya.
Kalau mak ayah mendidik bawa kasih sayang agar mereka jadi baik, kemudian didik dengan mengatakan nikmat inilah segala-galanya, makan minum segala-galanya, walaupun niatnya baik, orang yang di didik cepat terasa. Tapi inilah para pendidik yang menjadi pengkhianat pada bangsanya. Untung sekarung rugi segunung, orang yang mendapat hasilnya tak terasa begitu sebab makan cepat hasilnya. Baik mak ayah atau guru.
Tapi bagi orang yang faham, mak ayah yang buat anak macam tu, orang-orang itu Tuhan anggap pengkhianat pada amanah-Nya.
Mana ada pedidikan macam ni, pendidikan yang Abuya lagangkan ni yang nak fikirkan masa depan akhirat. Orang lain tak fikir macam tu. Sebab itu ada dikalangan anak-anak saya rasa Abuya tak sayang. Sebab diukur kasih sayang dengan 3 cara tu. Nak minta apa bagi, nak suruh puji-puji, jangan marah, Kalau salah di diamkan.
Sayangya Abuya pada dia, itu yang dia rasa. Sebab tu ada anak-saya saya fikir begitu, ada yang suspense. Ada yang fikir Abuya sayang ke dengaqn aku, dia tak reti nak putuskan. Dia dah confirm Abuya tak sayang, ada yang jadi tanda tanya dia Abuya sayang ke tidak.
Sebab itu sesetengah anak saya, dia bagi kasih sayang pada orang lain lebih dari saya sebab orang lain tu layan dia dengan kasih sayang yang dia sangka kasih sayang sebenar, lebih-lebih lagi yang berpenyakit yang ditatang-tatang oleh pengikut-pengikut saya, kadang-kadan niat baik pengikut saya nak bagi kasih sayang pada anak saya tapi dah merosakkan. Niat baik tapi hasilnya tak baik. Pengikut saya tu tak selamatkan saya, rupanya dia bagi kasih sayang tak sama dengan saya.
Akhirnya anak saya jadi mangsa. Sebab itu kena faham macam mana pemimpin nak applykan ilmu ni. Patutnya macam tulah appplykan ilmunya. Ada juga golongan yang dia tahu Abuya sayang dia. Ada dikalangan anak-anak tu dia tahu Abuya sayang dia setelah dia dah besar dah jadi pemimpin, macam Syeikh Fakrur. Apa yang berlaku pada dia sekarang, dia tahu patutlah Abuya didik saya macam tu dulu.
Waktu didik team Syeikh Fakhrur tak sama macam didik team Dehya yang datang kemudian, waktu ini ilmu saya dah bertambah. Datang pula team Atiyah ni satu lagi group. Ilmu saya dah jadi banyak, walaupun asasnya sama tapi ada sikit-sikit kelainan perubahan, maklumlah ilmu sentiasa bertambah runcit-runcit.
Anak-anak yang dah besar akan perasan. Baru hari ni saya cuba nak kuliahkan kaedah saya sebagai ilmu, selama ni saya buat secara umum, kaedah detail yang saya pakai adalah intipati daripada kuliah yang saya jadikan kedah mendidik, yang kaedah inilah bagi anak-anak yang masih kecil ada yang rasa Abuya tak sayang, atau rasa Abuya sayang ke tidak.
Kaedah pendidikan Abuya ini terbahagi kepada 3 kategori.
1. Baru lahir hingga 7 tahun: beri kasih sayang , Abuya tunjuk, cium, gurau-gurau. Kalau ada abang-abang, kakak-kakak yang dah besar dia rasa Abuya tak sayang aku, dia sayang adik-adik sahaja, bahayalah kalau rasa mcm tu.
2. Sekolah rendah hingga belum berkahwin: saya dah tak tunjuk kasih sayang. Benci pun tak tunjuk, tapi kalau salah lainlah, saya akan hukum dan marah bagi tujuan pendidikan. Selain waktu tu sayang tak tunjuk benci tak tunjuk.
3. Golongan anak-anam yang dah dewasa dan berumah tangga: ditunjukkan kasih sayang bukan mcm golongan pertama dan kedua. Saya jadikan kawan, ajak berbincang, tanya berita dan lain-lain. Begitulah cara saya bagi kasih sayang pada mereka. Syeikh Fakhrur, Syeikh Nizam saya ajak bincang, tak adalah nak cium-cium, lambung-lambung lagi. Kalau ada hal-hal hukum saya tanya Syeikh Nizam sebab dia kuat baca.
Apa yang saya buat ni yang telah dan sedang berlaku, saya dapatkan bukan hasil mengaji dan baca, tapi hasil difahamkan. Buktinya boleh dilihat dalam peribadi yang dah terhasil nampaknya lebih baik dari yang orang lain buat, namun masih ada yang belum lulus tapi mungkin mereka tak faham, salah tafsir.
Dia ingat Abuya tak sayang dia, dia pun tak sayang Abuya. Perjuangan ini nak rosak pun tak apalah sebab ayah pun dah tak sayang aku. Saya doakan moga mereka faham dan jadi baik. Supaya anak-anak faham, jangan cepat menghukum, kata Abuya tak sayang aku. Saya orang berjuang ada cita-cita nak didik anak. Saya ada cara sendiri nak didik anak, yang besar-besar kena fahamkan adik-adik.
Ulasan Bonda Ummu Jah:
Cara pendidikan Abuya.
Abuya didik orang dengan cara pendidikan berteraskan Tuhan dan syariat Tuhan. Abuya tak didik dengan perasaan ( seperti kebanyakan mak-mak), aqal ( seperti ayah-ayah yang cikgu ke atas), nafsu (org kampung yang tak pandai aqal dan perasaan) . Abuya sayangg anaknya cara lain supaya kamu dapat Tuhan dan syariat Tuhan.
Contoh: nak tanam pokok kena bubuh baja tahi ayam, kalau bagi gula matilah pokok. pokok yang cerdik dia tahu itu baja yang terbaik. A didik ikut kaedah Tuhan dan kaedah sunnah Rasulullah.
Abuya lah yang paling sayangkan umatnya dan paling susahkan nasib dan keselamatan kamu. Hikmah kasih sayang Abuya supaya tahu bersyukur bila disayangi, dan sabar bila tak disayangi.#
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment