Alhamdulillah..tak sangka rupanya sudah hampir lebih 1450tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita umatnya, tapi sehingga hari ini bilangan umat islam makin bertambah ramai walaupun yang ramai tu banyak mengaku islam tapi hakikatnya...hanya Tuhan yang tahu..mudah2an semuanya mendapat keselamatan dengan Nabi junjungan kita yang sangat kuat rasa belas kasihannya dan kasih sayangnya terhadap umatnya....
Bercakap tentang maulidur Rasul sebenarnya banyak percanggahan pendapat dikalangan umat islam sendiri... ada yang kata itu..ada yang kata ini...kalau dilihat dari segi ilmunya dan sejarahnya..rasanya tidak pun sampai jatuh hukum haram atau syirik seperti yg sesetengah pihak mendakwa...
ada ke patut nak sambut dan memperingati hari lahir manusia yang sungguh besar jasanya pada kita boleh jadi dosa??? lain la kalau dalam majlis maulid tu kita sambut macam orang2 kafir yang menyambut hari lahir mereka..itu dah jadik lain kes...ini kita nak menyambut hari lahir seorang manusia yang agung yang menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat dengan memuji2 dan membersarkannya serta berselawat kepadanya...takkan itu pun dosa???
Allah dan malaikat pun berselawat ke atas baginda..apatah lagi la kita hamba2 ciptaan Tuhan yang lemah nie... nak kata iman kita sehebat sahabat2 atau wali2 tu...jauh skali la.... iman kita umat akhir zaman yang ramai2 nie seperti yang Rasulullah ibaratkan didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu daud yang mafhumnya begini :
Rasulullah SAW ada bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Ada Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah sehingga musuh begitu kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi macam buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya pula, “Apakah itu Al Wahan?”Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati.”
aw kama qal...
Jadi melalui hadis di atas kita dapat lihat bagaimana baginda SAW menggambarkan umatnya...ramai..tapi tak berkualiti imannya...ibarat buih2 di lautan...dampak macam menggerunkan dari jauh..tapi bila datang ombak besar atau angin yg melanda....habis semuanya ada yg meletup..ada yg tenggelam...dan macam2 lagi la...
Jadi kita yang dah tau kita ni lemah patutnya kita kena la perbanyakkan amalan yang boleh menjamin keselamatan kita...klu nak kata sembahyang kita boleh menyelamatkan kita..belum tentu lagi....enta sah ke tidak semayang kita..cukup ke syarat sembahnyang kita..selesai ke taharah kita...jadi secara ringkasnya... jalan pintas utk kita minta Tuhan mudahkan kita untuk diberi faham dan menghayati amalan kita tak lain dan tak bukan dengan banyakkan berselawat kepada bagibda Rasulullah SAW dan mencintai baginda...nak mencintai baginda pulak kita kena cari seorang guru yang mursyid yang boleh menunjukkan kita bagaimana nak mencintai Rasulullah SAW dengan sebenarnya dan menghayati sunnah2 baginda supaya dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian kita... oelh itu cari lah guru mursyid..dan banyakkan berselawat dan bertawasul....
No comments:
Post a Comment