kat sini angah nak cerita sikit macam mana suasana angah dan saudara2 angah sebelum sampai ke bumi Syam yang barakah ini...
Semuanya bermula pada hari ketika angah dan adik beradik yang lain datang ziarah Jad (datuk) yang tercinta dan Jaddah (nenek) yang disayangi di Shah Alam pada awal 2005...
waktu tu angah masih dalam team produksi Spectral Multimedia yang bertapak di Pelangi Damansara ketika itu...
Memang waktu tu hanyalah sibuk dengan menghadap PC jerla 24 jam...
agaknya sampai PC tu pun muak kot tgk muka angah nie..hehehe..
jadi time tu memang keadaan macam tak terurusla diri nie..makan,tido memang x ikut time...
Berbalik pada pertemuan dengan datuk yang tercinta, angah diberi satu soalan yang agak susah nak dijawab,dan diberi dua pilihan (soalannya kalau nak tau kena tanya personally la yer)
Jadi setelah itu dapatlah tawaran dari Jad dan Jaddah untuk sambung belajar kat Syria...
memang terkejut jugak la bila mendengarnye... Jaddah kata nanti pergi dengan 3ammu Abdul Wadud, dia sekarang tengah stanby dengan beberapa sedara-mara yang lain kat Jitra, ikut kursus persiapan ke timur tengah,Khususnya Syria. Jadi bila di tanya pada abati (ayah) dan mak2 angah (abati angah ada 4 isteri), mereka kata terpulang pada angah la...
Jadi setelah berfikir2 akan hasrat Jad, angah membuat satu keputusan muktamad, iaitu
menunaikan hasrat jad&semua.
bersambung...
No comments:
Post a Comment