Friday, June 13, 2008

TUHAN CINTA AGUNGKU

Di segi ilmu tidak ada orang mempertikaikan wahai Tuhan,
Engkau adalah Cinta Agung lebih patut dicintai,
Engkau Cinta Agung diperkatakan orang di atas mimbar-mimbar dan di majlis pengajian
Seruan selalu disarankan cintailah Tuhan
Engkaulah yang dimaksudkan
Aku tidak pasti apakah mereka yang berkata dan menyarankan dapat merasakan
Tapi yang pasti Tuhan aku belum merasai
Sedangkan mencintai-Mu itu menyelesaikan segala masalah
Cinta pada-Mu adalah kenyang daripada segala yang mengenyangkan
Cinta pada-Mu adalah agung bahagia yang tiada taranya
Tenang daripada segala ketenangan
Senang daripada segala kesenangan
Cinta pada-Mu rindu yang tidak berkesudahan
Siapa merindui-Mu segala yang dirindui tidak ada erti lagi
Rindu kepada itu semua musnah sama sekali
Begitulah wahai Tuhan Atas dasar ilmu aku akui
Tapi malang sekali aku belum merasai
Cintaku pada-Mu belum pun berbunga
Rindu dan asyik jauh sekali
Tuhan aku harap pada-Mu titiskan sedikit air cintaku pada-Mu
Jangan Engkau biarkan hatiku gersang dari mencintai-Mu
Agar Engkau yang Agung patut dicintai
Aku rasai dengan kalbuku
Supaya cinta dan kasihku kepada yang lain tidak membunuh jiwaku
Rasakanlah wahai Tuhan pada jiwaku
Engkau adalah cinta agungku!!!

Hasil Karya ASIAMAT

2 comments:

Siti Raudhiyatul Munirah bt Khairel Anuar said...

angah...cntikkanlah sket blog kamu ni..kata pro komputer..

leith_syami said...

sabor ler..baru jer nak bermula...hehehe