Sunday, June 15, 2008

Tentang SyRia @ sYaM


Syria yang dulunya terkenal dengan sebutan Syam adalah tempat yang menjadi medan perjuangan para Rasul terdahulu. Malah Rasulullah SAW pernah datang berdagang ke sini ketika zaman kecil dan remaja baginda. Syria menyimpan banyak khazanah dan tempat–tempat bersejarah ,baik sejarah kehidupan sebelum dan awal masihi mahupun sejarah kekhalifahan Islam kerana Damsyik sebagai ibu kota Syira adalah merupakan pusat kekhalifahan Bani Umayyah pada 661M.

Sejarah merakamkan dua empayar Rom dan Parsi kalah di atas pangkuan para-para sahabat yang gagah., meskipun bilangan mereka sedikit tapi dengan Taqwa ALLAH membantu mereka membebaskan kota damsyiq dari kekejaman dan kekufuran kaisar bizantium (Romawi Timur).

Sewaktu pemerintahan islam bermulanya dengan Bani Umayyah, bahasa arab telah menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa yunani pada masa bizantium. Setelah itu Syria bekali-kali mengalami pergantian penguasa dari Islam,Tentera Salib Monggol,Mamluk,Othmaniah dan hinggalah dijajah oleh Perancis pada perang dunia 1 .

Pada masa kekuasaan Islam di bawah di bawah pemerintahan Bani Umayyah, Damsyik mencapai kemuncak kejayaannya sewaktu dijadikan ibu kota dan pusat pemerintahan oleh Muawiyah bin Abi Sofyan.

Muka bumi Syria terdiri dari bukit-bukit batu dan padang pasir. Mengalami 4 musim. Tanahnya yang subur kaya dengan sumber pertanian. Malah pertanian antara yang menjadi sumber kemasukan Negara.

Damsyik, ibu kota Syria dijuluki juga sebagai kota tertua di dunia. Kota ini tidak pernah putus dari penghuni,silih berganti berbagai macam suku bangsa dan kebudayaan. Damsyik merupakan perdagangan yang sangat luas pada tahun 3000 SM..

Kini Damsyik ialah kota yang padat dengan bangunan,manusia dan kereta yang bersimpang siur. Kuda dan himar turut menyibukan lalulintas di kota ini..meskipun pembangunan moden terus rancak dibangunkan dio kota ini..kemesraan dan keramahan masyarakatnya tidak pernah pupus. Inilah keberkatan datuk nenek mereka yang mengalir dari kalangan para Nabi2 dan Keluarga RSAW serta sahabat2 baginda banyak dimakamkan di sini.

Kota Damsyik telah berjaya di bebaskan apabila sahabat-sahabat yang mulia telah mengepungnya untuk menyelamatkan penduduk kota damsyiq terus berada didalam kegelapan kufur. Panglima Islam Khalid ibnu Walid mengepung dan memasuki kota Damsyiq dari bab sharqi (gerbang timur), Amru bin Ash dari bab Toma (Toma gate) , Shurahbil bin hasanah dari bab faradis (orchads gate) Abu Ubaidah melalui bab al Jabiyah (water through) dan Yazid bin Abu Sofyan melalui bab shogir. (small gate).

Peristiwa indah dalam sejarah peradaban manusia juga berlaku di bumi ini, ketika pemerintahan Mujaddid pertama, Khalifah yang adil Umar bin Abd Aziz. Pemerintahannya berlaku selama 2 tahun. Walaupun dalam masa yang singkat namun pemerintahannya berjalan dengan penuh keadilan,kasih sayang,harmoni dan membawa rahmat bagi seluruh alam, berkat ketaqwaan beliau, serigala pun tidak lagi menerkam kambing. Dia membawa pembaharuan dalam bidang kekhalifahan sehingga beliau disebut khalifah ke5 setelah Khulaurasyidin.

No comments: